Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pelakon, penerbit Batman ucap takziah
#1
LOS ANGELES 22 Julai - Pelakon utama filem The Dark Knight Rises, Christian Bale semalam, mengakui tiada perkataan yang dapat menggambarkan rasa takutnya terhadap insiden tembakan yang berlaku di Colorado, kelmarin.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menyuarakan rasa takut yang dialami ekoran insiden tersebut.

"Saya dapat rasakan kesedihan dan kepedihan yang dialami keluarga-keluarga mangsa," katanya.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melepaskan tembakan rambang di sebuah panggung wayang, menyebabkan 12 orang maut dan hampir 60 cedera.

Selain itu, pengarah filem terbabit, Christopher Nolan turut melahirkan rasa dukacita kepada keluarga mangsa yang terlibat.

"Saya mewakili krew-krew penggambaran dan barisan pelakon The Dark Knight Rises mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.

"Panggung wayang ibarat rumah kedua saya dan insiden yang berlaku seolah-olah memusnahkan mata pencarian dan karya saya," ujarnya. - AGENSI
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)