Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pelajar buat cerita diculik tak dibelikan telefon pintar
#1
Kuala Lumpur: Gara-gara tidak dibelikan telefon pintar seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun tergamak menipu keluarganya kononnya dia diculik lima lelaki sebelum berjaya menyelamatkan diri di Bukit Tinggi, Klang, dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, pelajar berkenaan difahamkan memberitahu keluarganya dia diculik selepas tamat waktu persekolahan di Jalan Hang Tuah, di sini sebelum di bawa ke sebuah kawasan perumahan di Klang, Selangor oleh lima lelaki bertopeng menggunakan sebuah kereta.

Menurut sumber polis, bagaimanapun tembelang pelajar itu terbongkar apabila dia ditemani keluarga membuat laporan di balai polis KL Sentral, di sini.

“Hasil siasatan polis mendapati pelajar itu berbohong serta membuat laporan palsu.


Pelajar itu memberitahu keluarganya dia diculik dengan harapan keluarganya bersimpati seterusnya membelikannya telefon pintar seperti dihadiahkan kepada abangnya,” katanya.

Sumber itu berkata, lakonan pelajar berkenaan yang menampakkan seolah-olah dia diculik sudah dirancang beberapa hari lepas dan dia sebenarnya hanya pergi ke rumah rakannya di Klang selama beberapa jam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kes berkenaan dan berkata tiada tindakan susulan di ambil ke atas laporan yang di buat kerana ia laporan palsu.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dengan sikap anak mereka dan tidak mudah percaya dengan apa yang diberitahu sebaliknya harus menyelidik terlebih dulu.
Reply
Thanks given by:
#2
macam2 budak skang ni. Makin berani
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)