Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pelaburan Malaysia cecah RM216.5b
#1
[Image: image.jpg]

MALAYSIA sekali lagi mencatat rekod baharu bagi pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama pada 2013 dengan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM216.5 bilion, satu pencapaian memberangsangkan memandangkan persekitaran luaran yang mencabar.

Pada 2012, negara ini menarik sejumlah RM167.8 bilion dalam pelaburan langsung, yang merupakan jumlah tertinggi pernah direkodkan.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dalam satu kenyataan semalam berkata, pelaburan diluluskan adalah dalam 5,669 projek terdiri daripada 14 projek mega bernilai lebih RM1 bilion setiap satu dan 82 projek besar bernilai lebih daripada RM100 juta setiap satu.

"Majoriti projek ini adalah dalam industri-industri bernilai tinggi dengan pertumbuhan tinggi," menurut Mida.

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada pelaburan diluluskan, berjumlah RM144.7 bilion atau 66.8 peratus, diikuti sektor perkilangan dengan pelaburan RM52.1 bilion (24.1 peratus) dan sektor utama dengan pelaburan bernilai RM19.7 bilion (9.1 peratus).

Menurut Mida, lebih 72.5 peratus jumlah pelaburan diluluskan atau RM157 bilion disumbangkan oleh sumber domestik dan RM59.5 bilion (27.5 peratus) adalah daripada pelaburan asing (FDI).

"Pelaburan domestik diluluskan pada tahun 2013 mencerminkan minat berterusan syarikat-syarikat tempatan untuk menerajui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan memainkan peranan utama dalam pertumbuhan ekonomi.

"Jumlah projek diluluskan dijangka menjana kira-kira 192,00 pekerjaan baru, dengan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dalam bidang pengurusan, penyeliaan dan teknikal yang menawarkan pendapatan lebih tinggi kepada rakyat Malaysia," menurut Mida.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)