Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pekerja Jepun cepat mati, kata kajian
#1
[Image: image.jpg]
Setiap lima pekerja di Jepun menghadapi risiko mati akibat kerja berlebihan. GAMBAR HIASAN

TOKYO 8 Okt. - Setiap lima pekerja di Jepun menghadapi risiko untuk mati akibat kerja berlebihan, menurut kajian terbaharu tentang budaya kerja negara ini.

Kajian yang dilakukan oleh kerajaan Jepun itu melaporkan, beratus-ratus kematian berlaku setiap tahun di negara ini membabitkan kerja berlebihan yang mengakibatkan angin ahmar, serangan jantung dan bunuh diri.

Selain itu, pekerja turut menghadapi masalah kesihatan serius yang membawa kepada kes saman di mahkamah.

Kajian itu merupakan sebahagian daripada kertas putih pertama negara ini terhadap ‘karoshi’ atau kematian akibat kerja berlebihan yang dikuatkuasakan oleh kabinet Perdana Menteri, Shinzo Abe, semalam.

Walaupun imej pekerja Jepun yang bekerja dalam tempoh berjam-jam setiap hari sebelum menaiki kereta api terakhir untuk pulang ke rumah semakin berubah, tetapi masih ramai yang menghabiskan masa berjam-jam di pejabat berbanding pekerja negara lain.

Menurut laporan kertas itu, sebanyak 22.7 peratus syarikat antara Disember tahun lalu dan Januari ini memaklumkan, pekerja mereka bekerja lebih masa selama 80 jam setiap bulan sekali gus memperlihatkan risiko kematian akibat kerja semakin serius.

Laporan itu menambah, kira-kira 21.3 peratus pekerja Jepun bekerja selama 49 jam atau lebih setiap minggu berbanding 16.4 peratus di Amerika Syarikat (AS), Britain (12.5 peratus) dan 10.4 peratus di Perancis.

Rumusan daripada kajian itu menyatakan, pekerja Jepun mengalami tekanan paling tinggi akibat kerja sekali gus mencetuskan gesaan agar syarikat-syarikat terlibat meningkatkan persekitaran kerja yang lebih baik. – AFP


http://www.utusan.com.my/berita/luar-neg...i-1.392410
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Nampaknye kalau kerja jangan dipaksakan la, capek dan kurang istrihat bisa menyebabkan penyakit untuk badan kita ni.
Reply
Thanks given by:
#3
(10-11-2016, 06:41 PM)jorucel Wrote: Nampaknye kalau kerja jangan dipaksakan la, capek dan kurang istrihat bisa menyebabkan penyakit untuk badan kita ni.

dorang kejar dunia, tu pasal mati cepat
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)