Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pecah Masuk Rumah Kerabat Sultan Selangor
#1
Thumbs Down 
KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga asing memecah masuk rumah kerabat Sultan Selangor sebelum melarikan sebuah kereta Mercedes-Benz dan beberapa barang berharga di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penjenayah terbabit dipercayai memecah masuk banglo tiga tingkat itu dan mengikat tiga pembantu rumah warga Indonesia.

Ketika kejadian, kerabat Sultan Selangor serta ahli keluarganya tiada di rumah dan difahamkan berada di luar negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)