Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pasukan Liga Super intai Wan Zack
#1
[Image: z.jpg?ITEM_ENT_ID=981600&ITEM_VERSION=1&..._ENT_ID=10]

Pada bulan Mac 2013, pemain kebangsaan Malaysia, Wan Zack Haikal telah mengikat kontrak dengan kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu bersama-sama dengan rakan sepasukan Harimau Muda, Nazirul Naim.

Wan Zack kini sedang merawat kecederaan dan telah membuat penampilan pertamanya bersama kelab tersebut pada April lepas. Sementara Nazirul masih merebut tempat dalam pasukan.

Walaubagaimanapun, selepas hanya tiga bulan di Okinawa, Jepun, dikhabarkan sebuah pasukan negeri yang beraksi dalam Liga Super Malaysia kini dalam usaha untuk mendapatkan Wan Zack dari Ryukyu.

Menurut sumber FOX Sports, pasukan Liga Super itu telah menghubungi Wan Zack dan Ryukyu dan pemain sayap itu telah menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia.

Namun, difahamkan Ryukyu telah menyatakan kepada pasukan tersebut bahawa mereka perlu mendapatkan pengesahan dan kebenaran dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Harimau Muda A seperti yang tertera dalam klausa kontrak Wan Zack bersama kelab tersebut.

Berita ini juga telah sampai kepada jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang kini di Slovakia menjalankan persiapan untuk Sukan SEA akhir tahun ini.

Kim Swee yang turut memainkan peranan penting dalam usaha membawa Wan Zack dan Nazirul Naim beraksi di luar negara akui kecewa apabila dimaklumkan tentang perkara ini.

"Pertama sekali, pemain mestilah menghormati kontrak yang telah ditandatangani bersama pasukan.

"Sangat mengecewakan apabila pasukan dari Malaysia seolah-olah menikam kami dari belakang dengan menawarkan kontrak yang mungkin lebih lumayan kepada pemain yang kini beraksi di luar negara - sesuatu yang diusahakan untuk kebaikan pemain dan bola sepak negara.

"Saya juga difahamkan, pasukan tersebut telah menghubungi Zack tanpa pengetahuan Ryukyu dan mereka boleh mengambil tindakan jika perkara ini sampai kepada pengetahuan mereka." kata Kim Swee kepada Fox Sports.

Nota Fox Sports: Adalah lebih baik pemain-pemain Malaysia di luar negara diberi sokongan dan dorongan untuk terus beraksi di tahap yang lebih tinggi untuk kebaikan mereka dan pasukan negara pada masa hadapan dan bukannya mencari jalan pintas dengan tawaran gaji yang lumayan.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)