Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Parlimen Crimea mengundi untuk sertai persekutuan Russia
#1
Simferopol: Parlimen Crimea semalam mengundi untuk menyertai Russia dan kerajaan yang disokong Moscow itu bercadang mengadakan referendum dalam tempoh 10 hari lagi berhubung ketegangan semakin meningkat di semenanjung berkenaan.

Perkembangan itu berlaku ketika pemimpin Kesatuan Eropah (EU) berkumpul di sidang kemuncak tergempar bagi mencari jalan menekan Russia dan menerima rundingan. Dalam undian semalam, Parlimen Crimea sebulat suara menyokong usul “menyertai Persekutuan Russia dengan hak tertakluk kepada Persekutuan Russia.”

Agensi berita RIA melaporkan, Naib Perdana Menteri Crimea berkata, referendum mengenai status itu akan diadakan pada 16 Mac ini. Diplomat berkata, pengumuman itu tidak mungkin dibuat tanpa kebenaran Presiden Russia, Vladimir Putin.

Pemimpin EU bersedia memberi amaran kepada Russia atas campur tangan tenteranya di Ukraine selepas Moscow mengetepikan usaha diplomatik Barat memujuknya menarik balik pasukan keselamatan dari Crimea.


Tidak dapat dipastikan apakah kesan kepada Crimea hasil undian di parlimen semalam. Presiden Perancis Francois Hollande berkata, kemungkinan besar tekanan ke atas Russia akan bermula bagi mengendurkan ketegangan sebelum akhirnya sekatan dikenakan terhadap negara berkenaan.

Menteri Luar Russia Sergei Lavrov enggan bertemu pegawai sejawatnya dari Ukraine bagi memulakan “kumpulan hubungan” bagi mencari penyelesaian krisis dalam rundingan di Paris semalam di sebalik tekanan Setiausaha Negara AS, John Kerry serta pegawai EU.

Ketegangan kekal di tahap tinggi di Crimea ketika wakil kanan PBB dikepung penyokong Moscow dan mengancam mereka meninggalkan wilayah autonomi berkenaan. - Reuters

[Image: pix_gal1?harianmetro]
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)