Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pamer kasut kulit ****, New Balance Malaysia mohon maaf
#1
KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, kasut keluaran 'New Balance' mula mencuri tumpuan di media sosial.


Semuanya gara-gara salah sebuah butiknya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam.

Ini kerana, kasut yang diperbuat daripada kulit ba.bi diletakkan di ruang hadapan premis kedai tanpa amaran diletakkan dengan jelas.

Hari ini menerusi akaun rasmi Facebook 'New Balance Malaysia', mereka memohon maaf dan mengakui tindakan serius sudah diambil.

[Image: 61424521348_freesize.jpg]

Kenyataan maaf daripada New Balance Malaysia melalui FB hari ini


Pengedar New Balance Malaysia berjanji akan mempamerkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit ba.bi. Kedudukan papan tanda juga akan diletakkan pada kedudukan yang senang dilihat dan digantung bersama kasut buatan kulit haiwan berkenaan.

Malah, kasut yang menggunakan kulit ba.bi akan dibalut dengan plastik.

Mereka turut menjelaskan, kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan UK adalah menggunakan kulit ba.bi. Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, bersukan dan gym tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam.

Kemaskini yang dibuat oleh pihak New Balance Malaysia di Facebook dalam masa sama mendapat reaksi daripada pengguna media sosial.

[Image: 61424521610_freesize.jpg]

Source: http://www.astroawani.com/kini-trending/...maaf-54324
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
NB ni mana punya eh ??
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)