Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
PM umum intensif perumahan awam
#1
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan insentif pembangunan semula Perumahan Awam 1Razak Mansion dengan 557 pemilik sedia ada akan menerima rumah gantian baru secara percuma.

Beliau berkata, 101 penyewa perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditawarkan unit baru pada harga RM42,000.
"Antara insentif lain termasuk pembayaran duti setem sebanyak RM4,000 turut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

"Selain itu, 557 penghuni asal perumahan berkenaan akan menerima imbuhan pemindahan sebanyak RM3,000 dengan sebahagiannya dibayar semasa menandatangani surat perjanjian manakala selebihnya diserahkan selepas perumahan berkenaan siap," katanya pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah dan Penyampaian Surat Pengesahan Unit Rumah 1Razak Mansion, Sungai Besi di sini, sebentar tadi.


Najib berkata, nilai hartanah bagi setiap unit kediaman berkeluasan 800 kaki persegi itu dijangka mencecah sehingga RM250,000 selepas disiapkan tiga tahun lagi.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)