Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
PM lancar Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
#1
[Image: image.jpg]

KUANTAN 3 April – Kerajaan meneruskan usaha meringankan beban hidup rakyat dengan memperkenalkan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia bagi membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai produk pada harga berpatutan yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pertubuhan Peladang Ne-geri Pahang (Pasfa), Indera Mahkota di sini hari ini.


Premis berkonsepkan pasar mini itu diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjual pelbagai barangan pada harga berpatutan iaitu inisiatif kerajaan seperti yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) selain menawarkan harga antara lima hingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran bagi sayur, buah-buahan, ayam, daging serta ikan.

Najib berkata, pelancaran Agrobazaar Rakyat 1Malaysia mencerminkan kesungguhan kerajaan melaksanakan konsep mem bela kepentingan rakyat selepas memperkenalkan pelbagai produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia seperti KR1M, Klinik 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

“Ini adalah tanda bahawa kerajaan sentiasa membela kepentingan rakyat. Saya yakin dan percaya kalau kita berpegang kepada prinsip sentiasa mengutamakan kepenting an rakyat dengan melaksanakan lebih banyak program serta mencetuskan idea bernas, mereka akan bersama dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN),“ katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Yang hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Pengerusi Pasfa, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid; Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin; Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Seri Saipolbahri Suib; Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Datuk Mohamad Dolmat serta Pengerusi Jawatan Kuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin.

Pasfa menjadi perintis pelaksanaan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia sebelum diperluas seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, konsep Agrobazaar Rakyat 1Malaysia merupakan satu platform pertumbuhan antara pengeluar dan pengguna yang mana pemasaran hasil keluaran petani, nelayan serta penternak dibuat tanpa menggunakan orang tengah.

Sehubungan itu, beliau mahu lebih banyak premis seumpama itu yang mengutamakan kesejahteraan rakyat diperbanyakkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) agar orang tengah tidak lagi menguasai rantaian bekalan bagi memastikan pengeluar dan pengguna bersama-sama mendapat keuntungan.

Beliau juga berharap sistem logistik diperkemaskan menjadi lebih efisien supaya hasil dikeluarkan petani, nelayan dan penternak dapat dibawa untuk dibeli oleh pengguna dengan kaedah berkesan.

“Saya berharap konsep yang boleh menemukan pengeluar dan pengguna dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi agensinya memainkan peranan menjadi perantara diperbanyakkan.

“Kita akan melihat semua ini mengikut kemampuan. Sebab itu kita memperkenalkan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST). Kalau ada sumber kewangan tambahan untuk negara, kita boleh memberi peruntukan yang lebih untuk sektor pertanian yang boleh menguntungkan petani, nelayan penternak serta dan pengguna,“ katanya.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)