Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
PM: RM15,000 setiap peneroka, bonus tambahan k'tangan Felda
#1
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka.

Langkah tersebut dilihat bertujuan untuk menyenangkan hati semua segmen masyarakat Felda, khususnya generasi kedua - yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk mendapatkan sokongan.

Dalam pengumuman itu yang disiarkan secara langsung di televisyen nasional, Najib mengambil sikap yang berbeza daripada kelazimanya, dengan mengecam pembangkang dan pengkritik rancangan penyenaraian FGVH, di hadapan ribuan peneroka Felda, yang menjadi lubuk undi untuk BN.

Katanya, beliau mahu melihat muka mereka (pengkritik) sama ada mereka akan menerima durian runtuh itu atau tidak, sambil menegaskan bahawa pemberian itu adalah untuk peneroka yang "jujur dan setia kepada kita".

Bonus tambahan kakitangan Felda

Selain mengumumkan pemberian durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka, perdana menteri turut mengumumkan kejutan dua setengah bulan bonus tambahan kepada semua kakitangan Felda.

Tegasnya, kakitangan Felda tidak dilupakan - dari pihak pengurusan atasan kepada kakitangan bawah - semua akan menerima bonus tambahan di atas bonus tahunan yang mereka telah terima.

Antara faedah lain untuk peneroka termasuklah peruntukan 20 peratus saham FGVH ke dalam dana amanah yang mana dividennya akan dibayar kepada peneroka jika terdapat keuntungan.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
Durian Runtuh: Peneroka Bersyukur Dan Menitiskan Air Mata Gembira

JERANTUT, 8 Mei (Bernama) -- Para peneroka yang hadir pada majlis pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemberian durian runtuh sempena penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH), melahirkan rasa penuh syukur, malah ada yang menitiskan air mata kegembiraan.

Kalangan peneroka, isteri, generasi kedua dan warga kerja Felda yang ditemui di majlis pengumuman tersebut di Felda Jengka 8, di sini penuh ceria dan gembira berikutan pengumuman Perdana Menteri itu.

Bagi Pengerusi Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) Wilayah Terengganu, Wan Saedah Wan Musa, 56, pengumuman Perdana Menteri itu telah melenyapkan sama sekali tohmahan pembangkang yang selama ini membuat pelbagai kenyataan bertujuan menggagalkan penyenaraian FGVH.

"Perdana Menteri cukup prihatin dan bersikap adil apabila turut memberikan agihan kepada para isteri dan-anak peneroka.

"Kami sebelum ini telah meminta Pengerusi Felda supaya turut mengambil kira peranan dan pengorbanan para isteri dan anak-anak yang turut mencurah tenaga memajukan tanah ladang masing-masing," kata Wan Saedah.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#3
wah. byk dapat. duit poket tu Winking
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)