Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
PERODUA naik gaji, faedah pekerja 10 peratus
#1
[Image: perodua-factory.jpg]

KUALA LUMPUR: PERODUA dan kesatuan sekerjanya telah menandatangani Perjanjian Bersama untuk syarikat berkenaan menaikkan gaji, elaun dan faedah untuk kakitangan bukan eksekutif sebanyak 10 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, PERODUA menyatakan perjanjian itu ditandatangani bagi membantu menangani kos hidup yang lebih tinggi serta mengiktraf sumbangan mereka kepada syarikat berkenaan.

Perjanjian itu berkuat kuasa mulai 2014 hingga 2016 dan akan dikaji semula oleh kedua-dua pihak selepas tempohnya tamat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata daripada kenaikan 10 peratus itu, sekurang-kurangnnya 5.0 peratus ialah kenaikan gaji dan selebihnya pelbagai elaun dan faedah.

Ketika ini PERODUA mempunyai kira-kira 9,000 kakitangan di seluruh negara di mana kira-kira 6,700 adalah bukan eksekutif.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)