Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Osman Kering masih koma
#1
Pelakon dan pelawak veteran, Osman Kassim ataupun lebih dikenali dengan nama Osman Kering, 59, kini masih koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini.

Dia yang bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hayat untuk meneruskan hidup dimasukkan ke hospital itu sejak Isnin lalu akibat batuk kering dan jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut isterinya, Che Norhayati Che Omar, 48, jantung Osman telah terhenti beberapa minit ketika mula-mula dimasukkan ke HUKM.

"Alhamdulillah, doktor telah berusaha sedaya upaya memberi rawatan yang terbaik kepada suami saya dan kesihatan dia mula bertambah baik.

"Walaupun masih belum sedarkan diri, dia kini tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan seperti sebelum ini," katanya kepada Kosmo! di HUKM di sini semalam.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)