Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Notis tunjuk sebab untuk suami
#1
Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membenarkan permohonan pengusaha butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah untuk mendapatkan notis tunjuk sebab daripada suaminya, Dr Baharom Sanugi berikutan kegagalan lelaki itu mematuhi perintah mahkamah yang memerintahkannya membayar kos RM12,000 kepada Sri Wani.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan dibuat Sri Wani yang diwakili peguam Mohamad Azrul Azhan Mohammad Jamil dan alasan diberikan kepada mahkamah. “Mahkamah hari ini (semalam) dapat pengesahan permohonan penggantungan perintah bayaran dibuat responden (Bahrom) ditolak. Sehingga hari ini juga, tiada apa-apa perintah lain dikeluarkan mahkamah berkaitan perintah pembayaran kos,” katanya. Mahkamah kemudian menetapkan 6 Februari ini sebagai tarikh sebutan.


Ketika hadir ke mahkamah semalam, Sri Wani kelihatan anggun memakai baju kurung moden dan bertudung hitam. Sri Wani sebelum ini dipertikaikan jantina oleh suaminya memfailkan notis tunjuk sebab itu berikutan dia mendakwa Dr Bahrom yang juga bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi gagal membayar jumlah yang diperintahkan walaupun Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada 12 November lalu tidak membenarkan permohonan Dr Bahrom untuk menggantung perintah bayaran kepada isteri ketiganya itu.

Dr Bahrom sebelum ini memfailkan permohonan untuk menggantung perintah Mahkamah Tinggi Syariah yang mengarahkannya membayar RM12,000 kepada wanita itu sebagai kos mahkamah.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)