Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Nissan Almera ekonomikal
#1
[Image: nissan-almera-91-625x416.jpg]

Seliter petrol untuk perjalanan 27.2 kilometer membuktikan Nissan Almera kenderaan ekonomikal dan menjimatkan.

Catatan itu diperoleh Chen Khong Lung dan Lai Leh Mey yang muncul juara Cabaran Nissan Lightfoot Quest 2013 anjuran Edaran Tan Chong Motor (ETCM), baru-baru ini.

Mereka mengalahkan 66 peserta lain untuk memenangi hadiah RM5,000.

Tempat kedua dimenangi Rebecca Tan Cheng Ann dan Lee Beng Tan yang membawa pulang RM3,000, manakala tempat ketiga Muhammad Izzuddin Ilias serta Mohd Faisal yang menerima RM2,000.


Khong Lung berkata, mereka terkejut dengan tahap penggunaan bahan api Nissan Almera selepas melihat meter petrolnya.


“Kami sedikit risau dengan jang­ka masa diberi untuk tiba ke destinasi sambil mengekal kelajuan kereta dan memberi tumpuan kepada pemanduan lancar.

“Bagaimanapun, kami terkejut apabila memenangi pertandingan itu, sekali gus membuktikan kami melakukan teknik pemanduan betul,” katanya.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng berkata, pihaknya berbesar hati menganjurkan cabaran itu selain memberi peluang pelanggan mempelajari teknik pemanduan betul bagi menjimatkan bahan api.

Sementara itu, kategori media dimenangi Khong Yin Swan yang berpasangan dengan anaknya, Ian Khong apabila mencatat 33.6 km bagi seliter.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/article...al/Article
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)