Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Najib ke UK, spekulasi Parlimen bubar meleset
#1
[Image: image.jpg]

SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.

Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset.

Spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen pada 11 November lalu juga tidak menepati ramalan.

Selepas spekulasi ini meleset, penganalisis meramalkan Parlimen masih boleh dibubarkan selepas sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong awal bulan depan.

Ini kerana ramai meramalkan PRU13 akan diadakan sebelum bulan Ramadan.

Mandat Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, Najib akan menghadiri majlis resepsi diberikan oleh pewaris takhta Britain, Putera Charles
dari Wales, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada OCIS, semasa lawatan rasmi beliau ke UK esok dan lusa.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, undangan kepada perdana menteri itu adalah berikutan komitmen Malaysia dalam memberi sumbangn kepada penubuhan pusat itu.

Beliau berkata, ini merupakan acara utama lawatan perdana menteri ke UK.

Charles, yang begitu aktif mempromosi dasar pelbagai agama, adalah penaung OCIS, sementara Najib adalah anggota Majlis Tertinggi OCIS dan pernah memberikan syarahan bertajuk "Coalition of Moderates and Inter-civilizational understanding" (Gabungan Sederhana dan Persefahaman Antara Tamadun).

Majlis itu berlangsung di Istana St James pada petang Selasa.

"Malaysia amat dihargai kerana penglibatannya dalam pelbagai aktiviti di OCIS. Ahli-ahli akademik kita juga terlibat di pusat itu," kata Zakaria kepada
media Malaysia di London, hari ini.

OCIS memfokus usaha terhadap pengajian Islam dan masyarakat Muslim dan mempunyai hubungan kerja yang rapat dengan Malaysia. Malaysia banyak terlibat dalam pembinaan pusat baru OCIS dan telah menyumbangkan ukiran kayu kepada pusat itu.

Lawatan Najib ke UK berlaku hanya sebulan selepas lawatan Perdana Menteri Britain David Cameron ke Malaysia dan ini mencerminkan hubungan rapat antara kedua-dua negara, dan yang punya ikatan sejarah yang erat.

Beliau menyebut lawatan Cameron ke Malaysia yang berlaku sejurus selepas Najib melwat United Kingdom pada Julai tahun lepas.

Beliau juga mengulas perayaan Jubli Intan Ratu Elizabeth tahun ini, di mana Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diundang oleh Ratu ke perayaan itu.

"Ini jelas membuktikan hubungan erat antara kedua negara," kata Zakaria.

Semasa lawatan itu, perdana menteri yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan juga melancarkan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) pada Isnin.

Zakaria berkata, kelab itu ditubuhkan oleh rakyat Malaysia di UK dan di Malaysia.

"Ia adalah satu usaha untuk menghubungi rakyat Malaysia lain dan menyampaikan kepada mereka pelbagai program yang telah dilancarkan Perdana
Menteri," kata beliau.

Wakil itu juga berkata, kelab itu merupakan pusat sehenti di mana rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat berhubung perdagangan, rangkakain kerja dan juga pelancongan.

Kelab itu akan membantu perbadanan lain Malaysia seperti Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA).

Rakyat Malaysia di London akan juga berpeluang bergaul dengan perdana menteri di majlis "Evening with the Prime Minister" dijadualkan pada lewat
petang esok.

Zakaria menjangkakan kehadiran ramai orang di The 02 arena di Greenwich di East London, yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang.

Perdana menteri akan juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Felda Global Ventures dan rakan-rakan strategiknya.

Najib dan isteri dijangka berlepas ke Amerika Syarikat pada malam Selasa.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
alamak. da keluar negeri le plak. semangat ni nak tunggu tarikh
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)