Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Nadia Mustafar Disamun, Rugi RM20,000
#1
KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2012: Pelakon Nadia Mustafar telah disamun dua lelaki menaiki motosikal dan telah kerugian hampir RM20,000 di tempat letak kereta Pasar Pudu, tengah hari semalam.

Memetik laporan akhbar Harian Metro hari ini, dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, sedang berada dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang dari lelaki tersebut yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Nadia yang terkejut dengan tindakan lelaki itu, lantas keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.

"Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.

"Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi," katanya Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

Wang itu menurut Nadia adalah hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara dan dia bercadang menggunakan sebahagian wang itu untuk membayar gaji enam pekerja yang telah membantunya.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)