Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Misteri Objek Ganjil Dipenuhi Teritip Di Tepi Pantai
#1
[Image: image.jpg]

WELLINGTON 12 Dis. - Satu objek ganjil yang dipenuhi teritip ditemukan terdampar di pantai Muriwai, Auckland di sini dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat.

Objek berkenaan ditemukan oleh seorang wanita, Melissa Double­day yang kemudian memuat naik gambar tersebut dalam laman sesawang masyarakat kawasan Muriwai dan Waimauku.

“Hanya ingin kepastian jika ada sesiapa yang tahu mengenai objek ini yang terdampar di pantai Muriwai,” soal Doubleday.

Menurut wanita itu, dia ternam­pak objek berkenaan terdampar di pantai ketika sedang memandu melalui kawasan ber­kenaan.

“Objek itu kelihatan seperti ca­cing yang dipenuhi kulit kerang yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,” katanya yang di­siarkan oleh laman web msn.com.

Doubleday membe­ritahu stuff.co.nz bahawa pada mulanya dia me­nyangkakan objek itu ikan paus yang diha­nyutkan ombak namun objek itu kelihatan ganjil.

Misteri sebenar objek itu menjadi perdebatan dalam kala­ngan pengguna media sosial de­ngan andaian sama ada objek itu merupakan sebahagian daripada bahan seni atau bangkai kapal.

Seorang pengguna internet, Nick Vitasovich membuat andaian objek itu adalah raksasa laut, manakala Kathleen Kerr berkata, kemungkinan objek berkenaan adalah kapsul masa makhluk asing.

Namun ada juga yang mengatakan objek itu adalah kayu hanyut yang dipenuhi teri­tip.

Walau bagaimanapun sejak kejadian gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda New Zealand pada bulan lalu, pelbagai objek pelik dijumpai terdampar di pantai. - Utusan
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)