Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mercedes- Benz lancar model SL350 baharu
#1
[Image: DSC_0122b17-630x425.jpg]

[Image: DSC_0131b19-630x431.jpg]

[Image: DSC_0137b16-630x410.jpg]

KUALA LUMPUR - Bahagian Daimler AG Mercedes-Benz Cars dengan rasminya melancarkan kereta Mercedes-Benz SL350 baharu di Malaysia pada Pameran dan Konvensyen Matrade di sini hari ini.

Siri SL bermula pada awal 1950-an sebagai sebuah kereta lumba dan disebabkan oleh minat yang besar terhadap kereta itu, Mercedes-Benz mengambil keputusan untuk membina versi SL bagi jalan raya, dan 60 tahun kemudian, mereka mempamerkan generasi ketujuh SL, SL350 kepada pasaran.

'SL', kependekan bagi 'super light' yang bererti super ringan, dan SL baharu ini 140 kg lebih ringan daripada model-model sebelumnya.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata ada banyak penambahbaikan kepada generasi SL ini.

"Tiga unsur penting yang menonjol ialah casis ringan, yang semuanya diperbuat daripada aluminium, yang elok untuk rasa sporty dan dinamik kereta itu dan juga meningkatkan penjimatan bahan api dan memacu dinamik kenderaan itu.

"Ciri kedua, rekaan bentuk Frontbass, yang pada permukaan kita tidak tahu apa dia, tetapi apabila kita rasa dan dengar, kita akan kagum kerana ia menggunakan rangka casis unit bass bagi keseluruhan kenderaan.

"Ciri ketiga ialah sistem 'aquablade', yang tidak lagi menggunakan penyembur yang menyembur air ke cermin depan, kerana ia disepadukan dalam bilah pengelap," katanya kepada pemberita pada pelancaran model itu.

Mercedes-Benz yakin SL350 baharu akan membawa kelas SL ke paras yang lebih termampu dengan harga di atas jalan pada RM898,888, dan ini adalah kali pertama Mercedes-Benz menawarkan kereta SL pada harga di bawah RM1 juta, kata Schlickum. - Bernama
Reply
Thanks given by:
#2
fuh. semat.. rege pun mesti semat
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)