Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Merah jambu jadi kenyataan
#1
[Image: 8116tomas1.transformed.jpg]

Kuala Lumpur: Pengasas produk kecantikan Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida bersetuju untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan lebih daripada RM16 juta.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya juga bersetuju melantik usahawan kecantikan itu sebagai Penasihat Kehormat pasukan Kelantan.

"KAFA lantik Datuk Seri Vida sebagai penasihat kehormat KAFA dan pasukan. Beliau mempunyai idea yang sangat baik dan akan dapat mencampuri urusan dan kaedah tata kelola pasukan Kelantan," katanya selepas bermesyuarat dengan usahawan itu kira-kira dua jam di sini, hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Vida berkata, beliau gembira dengan perkembangan ini apabila KAFA turut bersetuju dengan 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakannya dalam mesyuarat berkenaan.

"Dua syarat utama yang saya berikan sebelum ini bukan sekadar gimik dan mencari publisiti kerana saya mahu bawa satu anjakan dalam bola sepak Kelantan dan Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Vida menyatakan kesudian menaja pasukan The Red Warriors dengan dua syarat iaitu mahu Stadium Sultan Muhammad IV dicat semula dengan warna kegemarannya iaitu merah jambu.

Syarat kedua pula adalah menamakan semula pasukan Kelantan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix

Satu majlis menandatangani perjanjian dan sidang media antara kedua-dua pihak akan diadakan pada 15 Januari ini di Kuala Lumpur.

http://www.hmetro.com.my/node/105761#sth...dQZal.dpuf
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Datuk Vida Qu Puteh benggang dengan KAFA ?

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dikatakan bengang dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mahu mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu.

Beliau yang merupakan penaja utama pasukan The Red Warriors (TRW) tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga pasukan itu.

“Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.
“Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Pengasas produk jenama Qu Puteh itu yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi KAFA berhubung perkara itu.
Katanya, dalam perbincangan itu beliau turut membawa bersama peguamnya.

“Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama.
“Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada KAFA mengenai perkara ini,” katanya.

Pada Sabtu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.
Beliau berkata, KAFA akan mendaftar jersi ketiga dengan warna ‘shocking pink’ seperti yang diminta Datuk Vida.
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)