Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mengenai Korea Utara
#1
[Image: kplarge.gif]

1. Di Korea Utara, rakyatnya hanya boleh mendengar siaran radio dari stesen radio kerajaan sahaja kerana terdapat sekatan dari pihak kerajaan. Stesen radio tersebut hanya menyiarkan lagu-lagu patriotik dan ucapan-ucapan Presiden mereka sahaja sepanjang masa. Jika radio itu dipasang di rumah ia menjadi satu kesalahan apabila ia ditutup tetapi boleh memperlahankan volumenya sahaja.

2. Jika terjadi sesuatu bencana seperti kebakaran, dikatakan betapa taksubnya rakyat Korea Utara terhadap Presiden mereka kerana potret beliau adalah barang pertama sekali yang akan diselamatkan mereka terlebih dahulu.

3. Hampir kesemua rakyat Korea Utara tidak mengetahui bahawa manusia telah sampai ke bulan.

4. Di Korea Utara hanya golongan tertentu sahaja dibenarkan mempunyai akses internet yang terhad dan kebanyakkan kawasan di negara tersebut tiada kemudahan talian internet bahkan telefon bimbit juga diharamkan penggunaannya untuk rakyat biasa.

5. Semua rakyat Korea Utara diasuh minda mereka dari kecil bahawa segala masalah yang mereka hadapai seperti ketiadaan bekalan makanan atau keperluan asas adalah disebabkan oleh Amerika dan sekutunya. Semua lagu rakyat digubah untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap kuasa besar itu.

6. Korea Utara mengamalkan 6 hari berkerja (Isnin hingga Sabtu) dan hari Ahad pula diisytiharkan sebagai ‘Hari Sukarela Bekerja’ dan semua rakyat yang dipaksa bekerja pada hari tersebut serta tiada bayaran gaji.

7. Perkara pertama yang wajib dilakukan sekiranya melawat ke ibunegara Korea Utara , Pyongyang ialah melawat dan meletakkan kalungan bunga di tugu presiden mereka yang digelar “Pemimpin Tersayang”.

8. Hampir 0.85% populasi rakyat Korea Utara berada di penjara atau pusat-pusat tahanan.

9. Sekurang-kurangnya sejam bekalan elektrik akan dipadamkan di seluruh negara di waktu siang dan berjam-jam lamanya di sebelah malam untuk menjimatkan penggunaan elektrik.

10. Anjing dan kucing diharamkan dan dibunuh di bandaraya Pyongyang untuk memastikan kebersihan jalanrayanya.

11. Purata pendapatan bulanan untuk rakyat Korea pada tahun 2009 ialah USD6.

12. Semua pelawat yang memasuki Korea Utara diberikan beberapa ‘pemandu pelancong’ dari polis khas dan pelawat tidak akan dibenarkan pergi kemana-mana tanpa ketiadaan ‘pemandu pelancong’ tersebut.

13. Angkatan tentera Korea Utara merupakan yang ke-4 terbesar di dunia dengan bilangan tenteranya seramai 1.21 juta dan sebanyak 4.7 juta lagi sebagai tentera simpanan.

14. Rakyat Korea Utara amat taksub kepada presiden mereka sehingga mereka sembuh dari demam mereka akan memuji-muji akan kecerdikkan dan kehebatan presiden mereka.

15. Perbelanjaan untuk ketenteraan Korea Utara adalah sebanyak 31.3 peratus melebihi Keluaran Dalam Negara mereka , menjadikan Korea Utara sebagai sebuah negara tentera yang utama di dunia.

P/S: Patut la korea selatan ubah prinsip dan maju sampai la ni Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
sedih gila dasar dia
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)