Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Menara Warisan sudah mula dibina
#1
KUALA LUMPUR 19 Mac - Pembinaan Menara Warisan setinggi 118 tingkat yang menelan perbelanjaan RM5 bilion dan terletak berhampiran Stadium Merdeka di sini telah dimulakan pada tahun ini, setelah tertangguh beberapa tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah berkata, kos perbelanjaan dan reka bentuk bagaimanapun kekal seperti yang telah dirancang.

Katanya, menara itu dijangka siap menjelang 2018 dan kompleks keseluruhan meliputi hotel dan premis perniagaan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

"Kerja-kerja menanam cerucuk untuk menara itu telah pun siap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) di sini hari ini.

Pengumuman itu telah dilakukan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Ketika ditanya mengenai pengenalan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), Hamad Kama Piah berkata, PNB akan mengumumkan mengenai perkara itu seawal minggu pertama April ini.

Katanya, beliau berharap ASB2 dapat menarik penyertaan dalam kalangan generasi muda.

"ASB2 mampu memberikan pulangan yang baik, bagaimanapun PNB tetap mengambil perhatian terhadap risiko-risiko pelaksanaannya," ujarnya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
terbaik ni. Satu lagi tanda ikonik negara Winking
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
[Image: image.jpg]

[Image: 1186047_695000510558396_112996666_n.jpg]

[Image: 64882_695000550558392_1808519609_n.jpg]
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4


[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#5
Samsung raih kontrak KL118

[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Syarikat hartanah Korea Selatan, Samsung C&T dilaporkan telah memenangi kontrak untuk membina menara pencakar langit tertinggi di Kuala Lumpur iaitu KL118 yang turut dikenali sebagai Menara Warisan.

Menurut The Korean Economic Daily, Samsung C&T syarikat pembinaan dan hartanah yang dikenali sebagai pemaju bangunan Burj Khalifa terletak Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikatakan telah memenangi kontrak untuk membina bangunan tertinggi di rantau Asia Tenggara itu.

Samsung berkata, pihaknya telah memperoleh perjanjian berjumlah AS$842 juta (RM3.59 bilion) bagi melaksanakan projek dikenali sebagai `Menara KL118’ di bawah syarikat unit pelaburan amanah Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Jelasnya, projek terbabit merangkumi pembangunan sebuah pencakar langit setinggi 118 tingkat di Kuala Lumpur dengan keluasan lantai 67.39 hektar dan bakal menempatkan ruangan pejabat untuk syarikat-syarikat korporat serta hotel.

Jelasnya, dengan ketinggian sehingga 644 meter, menara itu dijangka akan menjadi bangunan tertinggi di dunia semasa ia siap sepenuhnya pada tahun 2019.

“Bagi melengkapkan pembinaan KL118 ini, kami akan menjalin rangkaian kerjasama strategik bersama syarikat konsortium tempatan iaitu UEM (UEM Group Bhd.) dengan Samsung C&T memiliki pegangan sebanyak 60 peratus atau AS$550 juta (RM2.35 bilion) secara keseluruhan,” katanya.

Tambahnya, Samsung C&T berjaya mengatasi pesaing dari China dan UAE disebabkan pengetahuan teknikal serta pengalaman membina struktur bertingkat tinggi seperti Burj Khalifa setinggi 162 tingkat dan Menara Berkembar Petronas dengan ketinggian 88 tingkat.

Sementara itu, jurucakap PNB ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya berkata, kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pembinaan KL118 atau turut dikenali sebagai Menara Warisan setinggi 118 tingkat yang dianggarkan menelan perbelanjaan RM5 bilion dan terletak berhampiran Stadium Merdeka di sini telah dimulakan pada tahun lalu, setelah tertangguh beberapa tahun lalu.

Projek itu pada awalnya dijangka siap menjelang 2018 dan kompleks keseluruhan meliputi hotel serta premis perniagaan dijangka siap sepenuhnya pada 2024.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)