Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Melaka Gateway jana ekonomi baharu
#1
[Image: 1921221_658899350837060_74192381_o.jpg]

Projek pembangunan Melaka Gateway, dengan kos RM40 bilion, bakal menjadi nukleus pembangunan ekonomi baharu di negeri itu, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, projek yang bakal siap pada 2023 itu dilihat mampu menjadi komponen pemaju ekonomi negara bersama nukleus pembangunan ekonomi lain di negara ini seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Pulau buatan manusia

“Projek yang dilaksanakan tiga pulau baharu buatan manusia seluas 246 hektar di samping tapak Pulau Melaka sedia ada, antara lain membangunkan hotel, premis perniagaan, tapak pelancongan rekreasi, taman tema dan muzium,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembangunan itu di Melaka, semalam.

Idris berkata, projek itu dilihat mampu menyelesaikan sebahagian besar projek terbengkalai di negeri itu khususnya di kawasan Pulau Melaka dan dilihat bakal menjadikan kawasan terbabit sebagai tarikan pelancong utama di negeri berkenaan.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dijangka merasmikan projek itu Jumaat ini.

Sementara itu, dalam majlis berasingan, Idris menyerahkan surat pelantikan rasmi kepada anggota lembaga pengarah agensi dan kumpulan syarikat kerajaan negeri.

Timbalan Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO, Amirudin Yusof dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Sulaiman Md Ali dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah bagi PKNM Oil & Gas Sdn Bhd; ICM Industries Corporation Berhad; Teknologi Pembuatan Melaka Sdn Bhd; dan Melaka Bhd.

Beliau turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Melaka Halal Hub Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Akbar Ali, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Panorama Melaka Sdn Bhd.

Sementara itu, Profesor Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Seni Malaysia Melaka, Datuk Hamdin Abdollah dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM Heritage Sdn Bhd dan Prof Datuk Dr. Ismail Sagap dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Putra Specialist Hospital Melaka dan Batu Pahat.

Timbalan Presiden Melaka United Soccer Association, Datuk Yusoff Mahadi, dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Melaka, Mohd Fauzi Yaakub dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah ICM Construction Sdn Bhd, dan Akmal Abdul Manap dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah ICM Trading Sdn Bhd. - BERNAMA
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
projek nampak grand. Tapi jgn plak KIV ke apa ke nanti. Takut jadi macam yg bandar arab melaka tu
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)