Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
McDonald’s rancang jual francais di Malaysia, Singapura dengan nilai RM1.6 bilion
#1
[Image: MCdonald.jpg]

KUALA LUMPUR: McDonald’s Corp merancang untuk menjual hak francaisnya di Malaysia dan Singapura yang dipegang sejak 20 tahun lalu yang membolehkan syarikat itu memperoleh sekurang-kurangnya USD400 juta (RM1.6 bilion).

Menurut laporan Bloomberg, memetik individu yang arif mengenai perkara itu, calon yang sesuai dengan operasi makanan segera di dua negara berkenaan sudah mula mendapatkan bantuan kewangan daripada bank.

Katanya, pembida yang berpotensi kini sedang berbincang dengan syarikat kewangan.

McDonald’s mengguna pakai “model pembangunan pemegang lesen” bagi kedua-dua pasaran itu, jurucakap bagi syarikat itu yang berpangkalan di Singapura berkata demikian dalam satu jawapan emel kepada soalan Bloomberg.

Syarikat itu berunding dengan calon “yang sanggup memberi komitmen untuk membantu memacu pertumbuhan dan inovasi di Malaysia dan Singapura”, katanya dipetik sebagai berkata.

Laporan itu berkata McDonald’s mencari rakan niaga francais tempatan untuk mengendalikan restorannya di Malaysia dan Singapura sebagai sebahagian daripada rancangan pelan pemulihan antarabangsa susulan pelantikan Steve Easterbrook sebagai ketua pegawai eksekutifnya tahun lalu.

Rangkaian restoran itu, yang mempunyai AS$112 bilion nilai di pasaran, sedang menyusun semula model pemilikannya di seluruh Asia. 

Ini termasuk rancangan menjual operasinya di China, Hong Kong dan Korea Selatan.

McDonald’s mempunyai lebih 120 restoran dengan kira-kira 9,000 pekerja di Singapura, menurut laman web tempatannya.

Di Malaysia, rangkaian itu mengendalikan lebih 250 restoran.

Menurut laporan Bloomberg kebanyakan outlet McDonald’s di Asia adalah milik syarikat.

Rangkaian syarikat itu menyasarkan 95% daripada restorannya di rantau ini berada di bawah milikan tempatan.

http://www.freemalaysiatoday.com/categor...singapura/
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)