Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mat Dan dah bernikah dengan gadis Melayu
#1
[Image: 108.jpg]

KUALA LUMPUR 12 Mac - Siapa yang tak kenal Mat Dan, selebriti warga Britain yang amat fasih bercakap loghat Terengganu dan kini menjadi antara personaliti yang diminati rakyat negara ini.

Bersahaja dalam mengutarakan pendapat dan fasih dalam loghat Terengganu, Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler dan kini membawa nama Kareef Daniel Abdullah, 28, selepas memeluk agama Islam telah melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis Melayu dalam satu majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu pagi tadi dan melangsungkan pernikahan pada sebelah petang.

Gambar-gambar majlis pertunangan dan pernikahan Mat Dan yang berasal dari Bristol, England itu mula tersebar di media sosial menunjukkan ibu beliau, Nicola Tyler, menyarungkan sebentuk cincin kepada seorang gadis yang dikatakan tunangan Mat Dan pada pukul 10 pagi tadi dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat kedua-dua belah pihak.

Atas permintaan keluarga, nama gadis yang berbaju kurung berwarna biru serta bertudung itu terpaksa dirahsiakan.

Januari lalu, sebuah portal online melaporkan Mat Dan menghadiri kursus praperkahwinan di Kuala Terengganu.

Mat Dan yang mempunyai hobi mengembara mula menetap di Malaysia sejak tahun 2009 selepas mengembara ke seluruh Asia Tenggara ketika itu.

Beliau bercuti di Pulau Perhentian dan seterusnya ke Pulau Kapas dan mula jatuh cinta dengan keindahan negara ini ketika itu dan akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di sini. - UTUSAN ONLINE
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)