Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Manila lumpuh akibat dilanda banjir kilat
#1
[Image: du_05.1.jpg]

BEBERAPA kenderaan ditenggelami air selepas banjir kilat melanda bandar Kawit, di selatan Manila semalam.- REUTERS

MANILA - Hujan lebat yang melanda ibu negara Filipina semalam menyebabkan dua orang terkorban dan sejumlah yang lain hilang, selain melumpuhkan bandar metropolitan ini.

Sebahagian kawasan di sini ditenggelami air dan mengakibatkan banyak jalan raya tidak dapat dilalui.

Bencana tersebut turut memaksa beribu-ribu penduduk di persisiran pantai dan pergunungan di wilayah utara di sekitar bandar raya ini berpindah ke pusat-pusat perlindungan.

Sejumlah sekolah, pejabat, bursa saham, mahkamah dan kompleks kedutaan ditutup apabila bandar yang dihuni 12 juta orang itu diletakkan di bawah amaran merah.

Banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun itu diburukkan lagi dengan kehadiran Ribut Tropika Trami.

Laporan televisyen menunjukkan, ramai penduduk terperangkap di atas bumbung ketika banjir membadai bandar Binan di Tasik Laguna dekat sini.

Banjir kerap berlaku di bandar raya ini ekoran penerokaan hutan di kawasan pergunungan, masalah aliran air dan terusan yang tersumbat akibat penempatan setinggan serta perancangan bandar yang lemah.

Sementara itu, pegawai pertahanan awam wilayah, Andrew Alex Uy berkata, pasukan keselamatan berjaya menyelamatkan 29 pelancong, termasuk 13 rakyat Jepun di bandar pergunungan Sagada.

Mereka terkandas berapa jam di dalam sebuah gua selepas hujan lebat selama dua hari menyebabkan air di sebatang sungai di pintu masuk gua melimpah.

Seorang pelancong tempatan pula dilaporkan masih hilang.

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari beberapa empangan di Luzon kerana paras air semakin meningkat dan beribu-ribu penduduk sekitar diarahkan berpindah.

Kejadian tanah runtuh dan banjir memaksa salah satu laluan utama menuju Manila ditutup.

Di wilayah-wilayah terpencil seperti Cavite, Batangas dan Ilocos Norte, pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa banjir kilat memaksa beribu-ribu penduduk berlindung di sekolah dan sejumlah bangunan yang kukuh.

Pakar-pakar kaji cuaca menyatakan bahawa ribut dijangka berubah menjadi taufan dengan kelajuan angin hingga 120 kilometer sejam apabila ia bergerak dari Filipina menuju Pulau Okinawa, Jepun pada Rabu ini. - AP
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)