Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Manifesto Pakatan jejas bisnes kereta terpakai, kata Mahathir
#1
KUALA LUMPUR - Langkah Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga kereta kepada RM25,000 sebuah, seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjejaskan industri kereta terpakai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, apa yang terkandung dalam manifesto itu adalah satu yang mudah untuk diperkatakan, namun belum tentu ada yang sanggup melaksanakannya.

"Orang yang jual kereta terpakai tidak boleh jual lagi, bila tidak boleh jual kereta terpakai, kereta baru pun tidak boleh dijual juga.

"Orang yang mempunyai kereta, nak jual kepada peniaga kereta terpakai untuk tambah wang nak beli kereta baru. Bila peniaga kereta terpakai dah rugi, dia
tutup kedai, tidak boleh hendak beli kereta baru," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan siri ketiga syarahan kepimpinan Malaysia-Japan
International Institute of Technology (MJIIT).

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas manifesto pakatan pembangkang yang mahu meliberalisasikan industri automotif negara bagi memastikannya berdaya saing dan nilai tambah kepada rakyat.

Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 selain menurunkan cukai eksais secara berperingkat dan memansuhkannya dalam tempoh lima tahun supaya harga kereta lebih berdaya saing.

Dr Mahathir berkata, dengan menjual kereta pada harga serendah RM25,000, negara khususnya di Kuala Lumpur bakal berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang serius.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan memerlukan pendapatan hasil daripada duti import dan duti eksais bagi menjana ekonomi, sekali gus menampung jumlah subsidi.

Sementara itu, mengulas mengenai pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhubung penurunan cukai import kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Dr Mahathir berkata, ia tidak akan "membunuh" industri automotif tempatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa langkah itu memberi cabaran yang lebih hebat kepada industri tempatan.

"Industri tempatan hendak ada perlindungan, kalau ada. Sebagai penasihat Proton, sudah pasti saya mahu Proton dapat menjual lebih banyak kereta.
Pengurangan itu akan menjejaskan jualan Proton," katanya.

Mustapa mengumumkan cukai import kenderaan CBU dari Jepun diturunkan kepada 15 peratus berkuat kuasa tahun ini berikutan hasil perjanjian kerjasama
ekonomi Malaysia-Jepun.

Katanya, mengikut perjanjian itu, cukai import kenderaan CBU yang diimport dari Jepun, akan diturunkan kepada 10 peratus pada 2014, lima peratus pada 2015 dan seterusnya sifar bermula 2016. - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Apa kata kalau turunkan harga kereta nasional supaya bayaran bulanan akan menjadi lebih rendah dan naikkan harga kereta CBU dan CKD so mayb ada kelebihan kot....
Reply
Thanks given by:
#3
ade baiknye harga kereta nasional diturunkn sedikit..barulah boleh kempen "belilah barangan Malaysia"..hhehe..
tp pastikn kualiti kene la jaga..jgn fikir nk murah je..
Reply
Thanks given by:
#4
rasanya jika kualiti terjaga tp masih boleh untung lg sbb harga kereta nasional kat oversea lagi murah dari kat m'sia.... entah la hanya staff kilang proton lebih tahu kot...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)