Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malu tiada telefon pintar, anak enggan ke sekolah
#1
[Image: duit1.jpg_1481591653.jpg]

GAMBAR menunjukkan lelaki itu bersama sejumlah wang tunai ketika mahu membeli telefon pintar untuk anaknya. - Agensi

Jakarta: Seorang lelaki sanggup mengeluarkan semua wang simpanannya semata-mata untuk membeli sebuah telefon pintar untuk anak perempuannya yang enggan ke sekolah.

Gambar lelaki itu bersama sejumlah wang tunai ketika membeli sebuah telefon bimbit tersebar di media sosial di Indonesia.

Seorang pengguna Facebook yang menyiarkan gambar dan kisah itu memberitahu, lelaki pertengahan usia berkenaan mahu membeli telefon pintar untuk anak perempuannya.

Lelaki itu yang mencari rezeki dengan menjual air teh di tepi jalan berkata, anak perempuannya enggan ke sekolah akibat malu kerana tidak memiliki telefon pintar.

“Anak saya memberitahu dia enggan ke sekolah kerana malu apabila semua rakannya mempunyai telefon pintar.

“Anak saya mendesak saya membelikan telefon pintar untuknya atau dia enggan ke sekolah lagi,” katanya.

Sian tgk raut wajah bapak dia.. Anak ni jenis tak reti bersyukur.. Harap2 netizen indonesia tolong la pakcik tu..
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)