Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia tak mampu capai Wawasan 2020 - Mahathir
#1
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini khuatir kerajaan sekarang tidak berjaya mencapai sasaran Wawasan 2020 yang dicetuskannya pada tahun 1991.

Menurutnya, bagi menjadi sebuah negara maju, ia bukan sahaja menuntut kemajuan ekonomi yang stabil dan mapan tetapi keadaan itu seperti sukar dilihat pada masa ini.

“Ada banyak tafsiran Wawasan 2020....nak jadi negara maju. Apa dia negara maju? Kita bukan sahaja lihat KDNK tetapi kerajaan perlu menguasai banyak perkara dalam industri atau inovasi.

“Saya rasa kita tak boleh capai,” ujarnya pada sidang media selepas menghadiri Siri bicara Profesional bersama Tun Dr. Mahathir dan melancarkan Portal Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini petang tadi.

Turut hadir ialah Presiden Alumni UiTM, Datuk Zaini Hassan yang juga menjadi moderator wacana itu bersama Datuk Kamarudin Meranum.

Walaupun tidak menuding mana-mana pihak, Mahathir berkata, suasana pembangunan ilmu juga tidak seiring walaupun tempoh Wawasan 2020 hanya tinggal enam tahun sahaja daripada sekarang.

Terdahulu, semasa ditanya Kamarudin semasa sesi wacana, Mahathir mengambarkan kekhuatirannya mengenai hasrat untuk negara mencapai wawasan semasa beliau peneraju negara.

Wawasan 2020 merupakan idea Mahathir bertujuan meningkatkan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020.

Ia bukan sahaja melibatkan pembangunan ekonomi tetapi dalam bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan sosial.

Kesemua itu juga termasuk keadilan sosial, keharmonian politik dan sistem pentadbiran kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

[Image: MGF_TunMberucap_aCAP-7.jpg?itok=aOBu3TK3]
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)