Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia penyumbang utama jualan Galaxy
#1
MALAYSIA dijangka menjadi antara penyumbang utama jualan di rantau Asia bagi model terbaharu Samsung Galaxy S5 yang dilancarkan Samsung Malaysia Electronics (Samsung), kelmarin.

Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mobile Samsung, Ng Long Shyang berkata, sejak siri Samsung Galaxy S diperkenalkan pada 2010, ia merekodkan lebih 200 juta unit jualan seluruh dunia.“Dengan pengenalan generasi Galaxy S kelima iaitu Samsung Galaxy S5, kami yakin jenama ini akan terus menjadi pilihan pengguna rakyat negara ini sekali gus meletakkan Malaysia sekali lagi sebagai antara penyumbang terbesar jualan Samsung dalam segmen Galaxy S,” katanya selepas Majlis Memperkenalkan Samsung Galaxy S5 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Samsung Galaxy S5 yang direka khusus mengikut kehendak pelanggan bakal berada di pasaran tempatan bermula 11 April depan.

Presidennya Lee Dong Yong berkata, Galaxy S5 didatangkan dengan reka bentuk terbaik dilengkapi dengan kamera 16 megapiksel, bateri tahan lebih lama, selain jaringan kemudahan internet tanpa wayar lebih pantas.

“Lebih menarik Galaxy S5 yang bercirikan kalis air dan habuk turut didatangkan dengan (jam tangan pintar) Galaxy Gear 2 dan Gear Fit yang dijual secara berasingan,” katanya.

Galaxy S5 boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan emas pada harga RM2,399 manakala Gear 2 berharga RM899 dan Gear Fit dijual pada harga RM599.

Samsung, syarikat teknologi berpusat di Korea Selatan kini menjadi antara pengeluar produk elektronik pintar terkemuka di dunia, dengan nilai jualan tahunan mencecah AS$216.7 bilion (RM707 bilion).

[Image: image.jpg]
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
design still sama Winking
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)