Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia pengguna kelima terbesar Waze
#1
[Image: image.jpg]

MALAYSIA berada di kedudukan kelima dunia dalam senarai penggunaan aplikasi navigasi Wave berdasarkan jumlah pengguna yang memuat turun aplikasi itu menerusi storan di negara ini.

Pengarah Kanan Komunikasi Waze, Julie Mossler berkata, sehingga bulan ini sahaja pengguna aplikasi Waze di Malaysia mencecah sehingga 1.5 juta iaitu meningkat sekali ganda berbanding 700,000 pengguna pada Februari lalu.

“Kedudukan itu meletakkan Malaysia di kalangan 15 negara dari 200 negara berasaskan komuniti terbesar dunia penggunaan aplikasi itu.

“Sehingga kini, terdapat 50 juta pengguna aktif seluruh dunia. Bagaimanapun sukar menganggarkan berapa jumlah peningkatan pada tahun hadapan,” katanya pada sidang media semalam, yang turut dihadiri Jurutera Kanan Wave, Dror Cohen.

Navigasi Wave adalah aplikasi lalu lintas dan pandu arah yang boleh digunakan sebagai panduan pemandu untuk mencari lokasi atau destinasi tujuan dan boleh dimuat naik secara percuma.

“Ia turut memberi panduan mengenai sebarang keadaan di jalan raya termasuk kesesakan lalu lintas atau kemalangan yang berlaku di sepanjang laluan pengguna,” katanya.

Menurutnya, aplikasi itu juga akan sentiasa di kemas kini setiap tiga bulan dalam setahun bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

Katanya, sehingga kini terdapat 3,300 laluan disediakan bagi panduan jalan raya di Malaysia.

Lebih menarik aplikasi ini bukan sahaja boleh dimuat turun pengguna Andriod dan IOS tetapi boleh dilayari menerusi komputer dengan aplikasi Windows.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)