Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia XI Atasi Skuad B-22 Indonesia 6-0 Pada Perlawanan Persahabatan
#1
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia XI mencatatkan kemenangan selesa selepas mengalahkan skuad Bawah 22 tahun (B-22) Indonesia 6-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Jumaat.

Perlawanan itu yang diadakan secara tertutup di stadium tersebut bertujuan bagi menggantikan Kejohanan Piala Java 2012 yang telah ditunda pada Ogos nanti.

Malaysia XI yang tiba di Jakarta pada Isnin lepas untuk menyertai kejohanan empat penjuru yang julung kali diadakan itu terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas dua pasukan jemputan iaitu Galatarasay dari Turki dan Everton dari England menarik diri disebabkan masalah teknikal.

Malaysia XI yang diwakili 15 pemain Harimau Muda A serta lapan pemain Liga Super membuka tirai jaringan menerusi penyerang Ahmad Hazwan Bakri seawal minit ke-11 sebelum pemain import pasukan Perak, Michal Kubala menggandakan kedudukan empat minit kemudian menerusi sepakan penalti.

Pemain PKNS Selangor, Mohd Azril Nasrulhaq Badrul menjaringkan gol ketiga pada minit ke-31 sebelum kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah menyumbat dua gol, masing-masing pada minit ke-34 dan 44.

Kapten Negeri Sembilan Mohd Shukor Adan melengkapkan kemenangan untuk Malaysia XI dengan gol keenam pada minit ke-60.

-- BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)