Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia Dan Indonesia Bantah Rancangan Perancis Naikkan Cukai Import Sawit
#1
[Image: 3259821_orig.jpg]

JAKARTA, 4 Feb - Malaysia dan Indonesia hari ini menyatakan bantahan terhadap rancangan Perancis mengenakan cukai import yang dinaikkan secara berperingkat terhadap produk berasaskan minyak sawit sehingga 900 euro (RM4,100) setan, bermula tahun depan

Bantahan itu dinyatakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas dan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Maritim dan Sumber Indonesia Rizal Ramli pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), di sini hari ini

Mengulas lanjut, Uggah berkata pelaksanaan cukai berkadar luar biasa itu bukan sahaja bertujuan 'membunuh' industri minyak sawit tetapi juga melanggar syarat-syarat perdagangan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

Tindakan itu juga akan memberi kesan kepada jutaan rakyat Indonesia dan Malaysia yang terlibat dalam industri kelapa sawit, katanya

Sementara itu Ramli berkata Perancis tidak mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian

"Kenaikan cukai ini ternyata berniat jahat untuk membunuh industri kelapa sawit di kedua-dua negara ini kerana harga minyak sawit hanyalah sekadar 550 euro setan manakala cukai yang hendak dikenakan melebihi 500 euro setan," katanya

Beliau berkata walaupun Perancis hanya pasaran kecil minyak sawit Malaysia dan Indonesia, tindakan itu boleh mempengaruhi negara lain untuk mengambil tindakan serupa

Pada 21 Jan lalu, Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan cukai import minyak sawit yang akan dinaikkan secara berperingkat bermula 300 euro setan pada 2017, 500 euro pada 2018, 700 euro pada 2019 dan seterusnya sehingga 900 euro setan

Terdahulu, kedua-dua menteri mengadakan mesyuarat membincangkan industri sawit selain menandatangani plak pelancaran Sekretariat CPOPC

Pada majlis itu, bekas Ketua Pengarah Perindustrian Indonesia, Benny Wachjudi dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pertama CPOPC

CPOPC ditubuhkan pada November tahun lepas dengan tujuan mempromosi dan menjaga kepentingan industri sawit
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)