Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
MPSJ biak nyamuk gajah untuk atasi populasi aedes
#1
SUBANG JAYA, 27 SEPT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melepaskan nyamuk gajah atau Toxorhynchites (Toxo) dewasa di hutan Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 di sini, bagi mengurangkan populasi nyamuk Aedes.



Program Kawalan Pembiakan Aedes dan Pencegahan Demam Denggi itu dibuat dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan bank CIMB yang memperuntuk RM60,000 bagi menjayakan program itu.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata pangsapuri itu lokasi kedua selepas Kampung Sri Aman berikutan populasi nyamuk Aedes didapati tinggi antara 500 ke 700 jentik-jentik setiap bulan.

Beliau berkata, perbincangan antara MPSJ dan USM mengenai pemilihan tapak baru itu diadakan Mei lalu selepas pra-kajiannya dijalankan sekitar Jun.

“Habitat nyamuk Toxo sesuai kerana pangsapuri itu ada tumbuhan subur yang menghasilkan madu bagi menggalakkan pembiakan Toxo.

“Diharapkan ia memberi impak positif antara lima hingga enam bulan akan datang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program berkenaan, hari ini.

Asmawi menasihati orang ramai menjaga kebersihan dan bekerjasama memelihara tumbuhan hijau di pangsapuri itu bagi menggalakkan pembiakan nyamuk Toxo.

Katanya, Jabatan Kesihatan MPSJ mahu memperluas program pelepasan nyamuk itu ke kawasan lain bagi mencegah wabak denggi.

“Kita jadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama menggunakan kaedah pencegahan secara biologi untuk mencegah pembiakan Aedes tanpa perlu menggunakan bahan kimia,” katanya.

[Image: toxo.jpg]
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
nyamuk baik lawan nyamuk jahat
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)