Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
MH370: Keluarga Zaharie, Rakan Bidas Laporan Daily Mail
#1
[Image: aishah.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah berkata dia tidak akan memaafkan Daily Mail kerana mengada-adakan cerita yang membayangkan bapanya mungkin bertanggungjawab terhadap misteri kehilangan pesawat MH370.

Dalam satu entri di Facebook, Aishah Zaharie berkata, akhbar tabloid British itu harus mempertimbangkan untuk menghasilkan filem kerana mereka begitu bagus dalam mereka cerita dan skrip.

"Semoga Tuhan merahmati roh-roh anda. Saya tidak akan memaafkan anda," tulisnya.

Akhbar tersebut memetik seorang sumber rapat dengan keluarga tersebut sebagai berkata, emosi Kapten Zaharie terganggu kerana masalah rumah tangganya.

Laporan pada Ahad mendakwa, isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa Zaharie tidak bercakap dengannya sebelum dia berlepas pada 8 Mac lalu dan menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik yang menempatkan simulator pesawatnya.

Akhbar British itu turut memetik Aishah sebagai berkata, dia terkejut kerana tidak dapat menerima orang yang menyayanginya bersikap sedemikian.
"Dia bukan seperti bapa yang saya kenali. Beliau seolah-olah terganggu dan hidup dalam dunianya sendiri," kata Aishah.

Dr Mohammad Ghouse Noor, seorang rakan yang rapat dengan Zaharie berkata, akhbar tersebut menyebarkan pembohongan dan berunsur fitnah.

Dr Ghouse yang juga moderator laman Facebook, “Friends of Captain Zaharie MH370” berkata, beliau telah bercakap dengan ahli keluarga terdekat keluarga Zaharie, termasuk anak lelaki Zaharie, yang membidas laporan tersebut.

"Ia satu fitnah, dari mana mereka dapat cerita ini? Itu tidak benar sama sekali. Saya menyeru anda semua untuk bersama-sama berhimpun demi soladiriti
untuk membidas laporan sedemikian, kita mesti menentang sekeras-kerasnya perkara yang tidak masuk akal ini," tulisnya dalam entri Facebook miliknya.
Ketika dihubungi, Dr Ghouse berkata, gambar yang digunakan oleh akhbar tabloid itu bukan ahli keluarga Kapten Zaharie atau isterinya.

"Tiada satupun gambar isterinya. Ini sebenarnya keluarga anak saudara Zaharie dan tiada kaitan dengan Faizah," katanya.
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:
#2
laporan luar ni keje dia laga2kan hubungan malaysia-china je
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)