Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Liga Super: Kelantan, Sabah menang
#1
Thumbs Up 
KELANTAN tampil garang untuk menewaskan Lions XII 3-0 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu malam ini.

Gol Kelantan dijaringkan oleh S.Chanturu pada minit ke-73, Norfarhan Mohamad (ke-77) dan Rizal Fahmi ketika perlawanan tinggal lima minit.

Di Stadium Likas, Sabah pula menewaskan Felda United dengan jaringan tunggal Mohd Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-20.

Di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Terengganu dan Perak terikat 2-2.

Skuad Penyu membuka tirai seawal minit pertama menerusi jaringan Joseph Kalang Tie. Gol penyamaan Perak dijaringkan oleh Muhammad Rafiuddin Roddin pada minit ke-39.

Pada minit ke-64, skuad Seladang mendahului permainan menerusi jaringan pemain import Cameroon, Albert Dominique Ebosse.

Skuad Penyu kembali bangkit mengikat kedudukan pada minit ke-87 menerusi Hasmizan Kamarodin sehingga tamat perlawanan.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)