Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Lelaki dipenjara 5 tahun kerana bakar rumah, kereta sendiri
#1
[Image: 12azlie.transformed.jpg]

Anggota polis pengiring membawa tertuduh, Mohd Azlie Mustaza, 29, (tengah) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membakar kereta dan rumah miliknya ketika keluar dari mahkamah sesyen 4 di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. - Foto Rasul Azli Samad 

AYER KEROH: Seorang kontraktor yang mengaku bersalah membakar rumah dan kenderaan pacuan empat roda miliknya di Jalan Malim, Balai Panjang, minggu lalu, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. 

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Azlie Mustaza, 29, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya. 

Mengikut pertuduhan, Mohd Azlie didapati dengan niat curang membakar rumah dan kenderaan pacuan empat roda miliknya di tepi jalan berhampiran stesen minyak BHP Petrol Malim, Balai Panjang di sini, antara jam 9.10 hingga 9.20 malam, 3 Julai lalu. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda. 

Mohd Azlie yang tidak diwakili peguam merayu tempoh hukuman penjara dikurangkan dengan alasan membakar barangan miliknya sendiri dan tindakan itu disebabkan rasa tertekan dengan masalah peribadi. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin yang mengendalikan kes memohon mahkamah memberikan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesan perbuatan tertuduh yang boleh mengancam harta benda dan nyawa orang ramai. 

Selepas mendengar permohonan dan rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali menetapkan hukuman penjara lima tahun dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada hari kejadian. 

BH sebelum ini melaporkan, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan membakar rumah yang diduduki bersama ibu saudaranya di Kampung Bakar Batu, Jalan Malim selepas melakukan tindakan sama pada kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero miliknya, 3 Julai lalu.

http://www.bharian.com.my/node/172964
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)