Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Lelaki dibelasah kerana mahu batalkan perkahwinan
#1
[Image: image.jpg]

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki membatalkan perkahwinan dengan tunangnya menerima padah apabila ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga wanita terbabit, dalam kejadian di Kuala Nerus, di sini, Khamis lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam apabila mangsa, 27, yang bekerja di sebuah kilang kelapa sawit di Hulu Terengganu bertandang ke rumah bakal isterinya dengan niat untuk berbincang mengenai perkahwinan mereka yang hendak dibatalkan.

Menurut sumber, mangsa ke rumah bakal isterinya itu berseorangan bagi berbincang dengan cara baik bersama ahli keluarga mengenai majlis perkahwinan yang terpaksa dibatalkan kerana wanita itu terlibat kemalangan sebelum ini.

“Bagaimanapun, semasa sedang berbincang, secara tiba-tiba muncul adik ipar bakal isterinya menumbuk muka dan ekoran perbuatan itu, mangsa yang tidak sempat mengelak cedera di bahagian mata sebelah kanan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit, menuduh mangsa telah mempermainkan perasaan kakak iparnya serta memaklumkan yang dia akan membalas dendam kerana telah memalukan keluarga mertuanya,” katanya.

Susulan kejadian mangsa mengalami kecederaan sakit dan merah di bahagian mata.

Bimbang akan keselamatan dirinya pada masa akan datang dan tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian rupa, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis di balai polis berhampiran selepas kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan menjelaskan siasatan selanjutnya sedang dijalankan.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/tere...n-1.571606
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)