Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Lelaki deposit RM100 sebagai 'umpan' sebelum larikan iPhone 7 128GB
#1
[Image: hp.jpg_1488815353.jpg]

Kuala Lumpur: Seorang lelaki mungkin menyangka dia terselamat selepas melarikan telefon pintar Apple iPhone 7 di sebuah restoran di Gombak, Khamis lalu, namun sejak kelmarin gambar wajahnya tular di laman sosial Facebook (FB)

Gambar penjenayah terbabit yang memakai topi itu tular selepas mangsa yang juga penjual telefon pintar berkenaan memuat naik status berhubung ‘modus operandi’ digunakan lelaki terbabit

Sehingga hari ini, status berkenaan dikongsi hampir 2,000 pengguna FB

Menceritakan detik hitam berkenaan, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jazira, berkata, kejadian berlaku di sebuah restoran di Gombak, kira-kira jam 12.05 pagi Khamis lalu

Menurutnya, dia ketika itu turut ditemani suaminya dan pembeli adalah lelaki berusia lingkungan 30-an

Katanya, pembeli terbabit sebelum ini bersungguh-sunguh untuk membeli telefon iPhone 7 128GB selepas iklan penjualan dimuat naik olehnya secara dalam talian

“Malah lelaki itu sanggup memasukkan duit pendahuluan RM100 ke dalam akaun saya kerana mahu menempah telefon terbabit untuk dijadikan sebagai hadiah untuk isterinya

“Pada awal perjumpaan juga tiada sebarang kelakuan mencurigakan,” katanya

Menurut Jazira, selepas beberapa minit meneliti telefon berkenaan, lelaki itu kemudian meminta supaya kad sim miliknya dimasukkan ke dalam telefon bagi memeriksa signal panggilan

“Apabila semuanya berjalan lancar, dia meminta izin saya untuk menelefon adiknya kerana mendakwa duit berada di dalam kenderaan adiknya

“Namun apabila adiknya sampai, kereta di parkir agak jauh,” katanya

Menurutnya, episod hitamnya kemudian bermula lelaki terbabit secara tiba-tiba bangun dan kemudian menuju ke arah kenderaan adiknya

“Saya yang mula tidak sedap hati menyuruh suami untuk mengekori lelaki terbabit dan tanggapan saya ternyata tepat apabila dia melarikan diri

“Kejadian berlaku sangat pantas dan lelaki itu berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan adiknya,” katanya

Menurut Jazira, dia tersentak kerana kejadian berkenaan berlaku tanpa diduga memandangkan urusan jual beli dilakukan di kawasan dipenuhi orang ramai

“Langsung tiada tanda-tanda mencurigakan pada awal urusan kami. Tiba-tiba saja dia buat panggilan dan terus melarikan diri,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Caves sejurus daripada kejadian berkenaan

Ditanya sekiranya dia memberi tempoh tertentu untuk lelaki terbabit memulangkannya, Jazira menegaskan tidak terlintas untuknya untuk berbuat demikian, malah menyerahkan sepenuhnya kepada polis

“Bukan hanya saya saja terkena dengan penipuan lelaki ini, malah ramai juga yang mesej saya mengatakan mereka turut menjadi mangsa. Oleh itu biarlah polis menangkap penjenayah ini,” katanya

Menurutnya, dia menasihatkan orang ramai khususnya wanita supaya lebih berhati-hati sekiranya berurusan dengan pembeli yang tidak dikenali

“Kalau boleh buatlah urusan di tempat yang tertutup. Jadikan musibah menimpa saya ini sebagai pengajaran buat kita semua,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/211324
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)