Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Lelaki beli mangga pada harga RM91,300
#1
[Image: 46399cd35d835603fbef9a920bc5a0c9?width=316]
[Image: 56932ccbe42e67995653f25f48e8d977?width=650]
George Manettas (kiri) menunjukkan mangga yang dibeli dengan harga RM91,322 di Brisbane kelmarin. Agensi

BRISBANE 8 Okt. – Seorang penjual buah di Gold Coast berjaya membida 16 biji mangga dengan harga AS$22,000 (RM91,322) sekali gus meraih gelaran Raja Mangga dalam lelongan pertama meraikan musim buah berkenaan.

Bidaan pertama yang berlangsung di Produce Market, Brisbane itu bermula dengan AS$10,000 (RM41,511) namun George Manettas dari Earth Market menaikkan bidaan dan berjaya membeli mangga berkenaan dengan harga paling tinggi.

Namun kata Manettas, walaupun ada bidaan, mereka menjangkakan harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi.

Lelongan itu merupakan acara simbolik bagi permulaan musim buah tersebut dengan mangga yang dilelong adalah hasil tanaman di Berry Springs di wilayah utara.

Bagaimanapun menurut laporan laman abc.net.au, bidaan tersebut gagal mengatasi harga tahun-tahun sebelumnya.

Tahun lalu, mangga yang sama dilelong pada harga AS$30,000 (RM124,535), namun harga bidaan paling tinggi pernah mencecah AS$70,000 (RM290,582).

Hasil lelongan tahunan itu akan disalurkan kepada badan-badan amal dan untuk tahun ini wang berkenaan akan disalurkan kepada badan kebajikan Diabetes Queensland dan Life Education Queensland.

Pengerusi Persatuan Industri Mangga Australia, Greg McMahon berkata, musim mangga adalah masa yang paling menggembirakan pada setiap tahun.

Hasil tanaman itu dijangka mendapat sambutan hangat dengan mangga pertama akan dijual di kedai-kedai di kawasan Darwin.

Ini akan diikuti dengan mangga dari Queensland pada Disember ini sehingga Februari dan Mac tahun depan.


http://www.utusan.com.my/berita/luar-neg...5-1.392403
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)