Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Lebih 100 rakyat Malaysia berjuang di Syria dan Iraq, dedah pegawai perisikan.
#1
Lebih 100 orang rakyat Malaysia dipercayai berada di medan tempur di Timur Tengah berjuang bagi kumpulan Islamic State of Iraq and Syria (Isis) atau Isil, polis mendedahkan hari ini.

Bilangan ini berdasarkan laporan perisikan diterima Cawangan Khas, menurut seorang* pegawai polis kanan dari Bukit Aman kepada The Malaysian Insider.

Pegawai tersebut yang tidak mahu dikenali memberitahu, agak sukar menganggar secara tepat bilangan mereka kerana terdapat banyak laluan berbeza untuk ke negara Timur Tengah itu.


Selasa lalu, Wisma Putra berkata 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam berjuang untuk Isis, kumpulan serpihan al-Qaeda yang mahu menubuhkan khalifah Islam merangkumi Iraq dan Syria.

Putrajaya masih menunggu pengesahan mengenai "rakyat Malaysia terkorban" kerana kekurangan dokumentasi menyukarkan proses mengenalpasti mangsa.

"Mereka yang dikesan dalam perjalanan ke Syria dan Iraq untuk melancarkan jihad datang dari pelbagai lapisan masyarakat," kata pegawai polis itu.

"Antara mereka ialah pelajar, mereka yang mempunyai pekerjaan tetap, dan pelajar sekolah yang tercicir. Mereka mudah dipengaruhi oleh 'ulama Internet'," tambahnya.

Pegawai polis itu berkata, tidak seperti 10 tahun lalu apabila militan menjalankan rekrut baru di sekolah agama, ia kini dilakukan secara online.

"Media sosial muncul sebagai alat berkuasa bagi semua kumpulan ini untuk mendapatkan sokongan dan tenaga kerja baru. Terdapat juga banyak bahan pelampau di Internet."

Pegawai polis itu mendapati terdapat banyak video disiarkan di Internet yang mencabar umat Islam memikirkan semula gaya hidup mereka.

"Adakah anda bersedia mengorbankan kerja yang anda ada, kereta besar anda miliki, keluarga anda? Adakah anda sanggup berkorban semuanya, demi Allah?

"Yang pasti, jika anda mengorbankan sesuatu untuk Allah, Allah akan mengurniakan kamu 700 kali ganda daripada ini," pegawai polis berkenaan memetik kata-kata yang terdapat dalam salah satu video yang ada.

"Ini adalah antara video yang terdapat di Internet yang digunakan mempengaruhi belia dan rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh."

Pegawai polis tersebut memberi amaran kepada rakyat Malaysia yang turut serta pertempuran di luar negara, dan menganggap mereka ancaman kepada keselamatan negara jika kembali ke negara ini.

"Jika mana-mana rakyat Malaysia didapati mengambil bahagian di dalam pertempuran di Timur Tengah, mereka boleh didakwa dengan akta menggalakkan tindakan keganasan," pegawai polis itu mendedahkan.

"Polis menahan kira-kira 16 orang dalam tempoh dua bulan lepas kerana merancang untuk mengambil bahagian dalam jihad di Timur Tengah."

Isis, yang merampas sebahagian besar wilayah di Iraq, juga berjuang di Syria dan menjadi tarikan kepada sukarelawan jihad dari Asia dan Eropah.

Kumpulan pemberontak Sunni dilaporkan merampas sejumlah besar senjata daripada tentera Iraq yang melarikan diri.

Khamis lalu, PAS mendedahkan bahawa ia memecat ahlinya Lotfi Ariffin bulan lalu selepas mengetahui dia terbabit dengan kumpulan militan di Syria. – 28 Jun, 2014.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)