Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Larangan penggunaan lambang Luak Johol - Undang Luak Johol
#1
[Image: lualkjohaa.transformed.jpg]

JOHOL: Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah membuat keputusan melarang penggunaan lambang 'Luak Johol' pada kenderaan awam, kata Orang Besar Balai Undang Luak Johol, Datuk Jenang Zakaria Mohammad

Beliau berkata larangan itu dikenakan terhadap semua pemilik kenderaan di seluruh negara yang sedang menggunakan lambang 'Luak Johol' termasuk penggunaan pelekat Balai Undang Luak Johol, jata Undang Luak Johol dan cermin gelap pada kenderaan masing-masing

"Berikutan itu, semua surat kebenaran khusus bagi menggunakan pelekat Balai Undang Luak Johol, jata Undang Luak Johol dan cermin gelap pada kenderaan awam juga ditarik semula, berkuat kuasa serta merta," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini

Katanya Undang Luak Johol juga memutuskan bahawa semua individu pemegang kad pengenalan diri yang tertera tulisan Istana Undang Luak Johol dan tulisan Kerabat Istana adalah terbatal penggunaannya dengan serta-merta

Beliau berkata keputusan mengenai perkara itu sudah dimaklumkan kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan serta Kerajaan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut

Sehubungan itu, katanya laporan polis sudah dibuat mengenainya dan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana individu atau pihak yang mengingkari arahan Undang Luak Johol berhubung pemansuhan dan larangan penggunaan lambang 'Luak Johol' dalam kalangan orang awam

Pada 19 Oktober lalu, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bahawa kerajaan negeri memperakukan Muhammad sebagai Undang Luak Johol ke-15 berkuat kuasa 7 Oktober lalu, menggantikan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/211271
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)