Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Langgar sensitiviti agama, konsert Erykah dibatalkan
#1
Kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini.

Rais dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah.

Badu - yang dikecam kerana bergambar menunjukkan tatu kalimah Allah dalam bahasa Arab di dadanya yang terdedah, di samping beberapa huruf bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid - sepatutnya mengadakan persembahan di Kuala Lumpur malam esok

PNONEembatalan konsert "Ratu Neo-Soul" itu dipercayai ekoran bantahan keras daripada pelbagai pihak, termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Pemuda PAS hari ini.

Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal.

"Apa yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu.

"Namun demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum daripada Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik.

[Image: d6f87d34f9a55134c401e59a2cd103cc.jpg]
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
sapa nih ?
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
(02-29-2012, 02:45 AM)AVB Wrote: sapa nih ?

rata2 orang x kenal dengan erikah ni, psal kes dia ni la baru satu malaysia kenal..Pandai dia promosi diri...wakakaka
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)