Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Lagi waran tangkap kes khalwat Putri Mardiana
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini mengeluarkan satu lagi waran tangkap yang kali ini akan dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pelakon, Putri Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah kerana masih gagal menghadiri sebutan kes khalwat mereka, hari ini.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Saufi Mastor Lani memaklumkan bahawa pihaknya masih gagal menerima sebarang laporan daripada penguat kuasa yang bertanggungjawab melaksanakan waran tangkap tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini untuk sebutan semula kes.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Jun lalu, Putri Mardiana atau nama penuhnya Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan Shahrizam, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08, Jalan UP 1/1D, Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, dekat sini pada pukul 3.03 pagi, 14 Disember lalu.

Penahan Mardiana dan Shahrizam berdasarkan aduan orang awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS dan mereka kemudian didakwa mengikut Seksyen 29(1)A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah telah membebaskan pelakon filem Ngangkung itu dan pasangannya dengan jaminan masing-masing RM1,500 berserta seorang penjamin.

Pada 7 Mac lalu, Putri Mardiana yang merupakan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu ditangkap khalwat dengan Shahrizam buat kali kedua di kediaman milik isteri lelaki tersebut di USJ 1, Subang Jaya di sini dan turut mengaku tidak bersalah setelah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berikutan kes terbabit.

Difahamkan, mereka turut gagal menghadiri prosiding di mahkamah berkenaan.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah...hLdth.dpuf
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)