Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Labur RM3.28 bilion bawa bot terbang ke Melaka
#1
[Image: image.jpg]

SEBANYAK RM3.28 bilion telah dilaburkan untuk menjadikan Melaka sebagai hab maritim dan penerbangan di rantau Asia Tenggara dalam masa tiga tahun melalui syarikat Rinani International AeroMarine Sdn Bhd (Rinani).

Pelaburan itu merupakan sebahagian perancangan penubuhan Melaka Gateway bernilai RM40 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025.

Pengerusi Rinani Noor Azerai Ahmad berkata, syarikat tersebut akan bekerjasama dengan syarikat pembuat bot terbang terkemuka dari Korea ARON Flying Ship Ltd (ARON) dalam pemasangan bot terbang di Malaysia.

“Kerjasama ini bakal menjadikan Rinani sebagai pengeluar dan pengedar tunggal bagi model bot terbang ARON M50, M80, dan M200 di Asia Tenggara.

“Melalui perjanjian ini juga kita mampu memberi peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan jangkaan sebanyak 2,500 peluang pekerjaan akan diwujudkan dalam masa lima tahun akan datang," katanya ketika majlis menandatangani persefahaman antara Rinani dan ARON di Kuala Lumpur.

Noor Azerai berkata, model M80 unit yang dipasang dalam negara dijangka dilancarkan pada 31 Ogos 2014 sempena hari kemerdekaan negara.

“Semua peralatan bagi pemasangan model M80 dibawa dari Korea dan kami hanya melakukan pemasangan di kilang kami di Masjid Tanah, Melaka.

“Selain itu, kami juga menyasarkan sebanyak 100 vendor akan diwujudkan dalam tempoh tiga tahun yang mana 80 peratus daripadanya adalah Bumiputera,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ARON Hyun Wook Cho berkata, pemilihan Malaysia sebagai pengeluar dan pengedar tunggal bot terbang itu di Asia Tenggara adalah tepat.

“Kami memilih Malaysia adalah kerana kos operasi rendah, modal insan berkemahiran tinggi dan infrastruktur lengkap,” katanya.

Bot terbang adalah bot dengan sayap yang boleh terbang di atas permukaan air bagi mengurangkan kesan seretan dan menghasilkan kelajuan lebih tinggi.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)