Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kutipan filem merosot
#1
[Image: image.jpg]

FILEM Ngangkung, Hantu Dalam Botol Kicap, Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit ialah barisan filem yang cukup gah bagi syarikat penerbitan popular ini.

Meskipun pelbagai spekulasi kedengaran mengenai kualiti filem yang diterbitkan oleh syarikat ini, namun ia tetap beroperasi dalam menghasilkan pelbagai genre filem.

Sama ada berjaya menambat hati penonton atau tidak, pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG), Mejar David Teo berkata, bukan mudah untuk mencipta kejayaan dan ia memerlukan masa yang panjang.

"Meskipun tahun ini kutipan MIG kurang memberangsangkan, namun ia tidak pernah melemahkan semangat saya,

"Bagi saya, berniaga ini banyak aspek yang perlu difikirkan, misalnya berniaga filem, bukan dalam kuantiti yang sedikit dan kecil.

"Walaupun kurang menjadi tahun ini tetapi saya tidak akan mengalah," katanya yang menegaskan untuk menjadi penerbit filem berjaya, filem yang dihasilkan haruslah secara berterusan.

Jelas David, sekali tidak berjaya bukan bererti akan gagal selamanya.

"Saya tidak boleh rasa jatuh kerana perkara ini, lagipun penggambaran masih dijalankan seperti biasa walaupun kurang cemerlang tahun ini," katanya dan memberitahu pihak MIG sedang menjalankan pelbagai kajian demi meningkatkan mutu filem yang diterbitkan.

Menurutnya, ia termasuklah dari segi genre, penceritaan dan artis.

"Zaman berubah dan filem juga harus berubah, jadi kami sedang bekerja kuat mencari formula baru bermula hujung tahun ini sehingga tahun hadapan untuk yakinkan penonton," katanya yang cukup terkenal dengan trademark 'bukan janji, tapi pasti'.

100 filem jadi realiti

Masih dengan misinya untuk mencapai sasaran 100 filem menjelang tahun 2013, David berkata, dia tidak sangka impiannya itu akan menjadi kenyataan.

"Kalau hendak berjaya mesti ada matlamat dan inilah matlamat saya, menerbitkan 100 filem sebelum tamat tahun 2013.

"ada awalnya saya menyasarkan pada tahun 2020, tapi sudah menjadi rezeki saya dan ia nampaknya bakal direalisasikan," katanya yang sudah merancang 10 tahun lalu mengenai idea 100 filem ini.

Ditanya apakah semua filem yang diterbitkan mempunyai kualiti seperti diharapkan penonton, kata David, tanpa kuantiti tidak akan lahir kualiti.

"Setiap filem yang dihasilkan pasti ada kekurangan, daripada kekurangan inilah kita akan hasilkan yang terbaik.

"Sama juga seperti pengarah dan pelakon yang berada di bawah MIG, semuanya perlu digilap untuk menjadikan mereka orang yang hebat dalam dunia seni," katanya dan memberitahu perlu berani berhadapan dengan kritikan masyarakat.

Tambahnya, apa pun yang dikatakan, dia tetap berdiri gagah dalam industri ini dan meneruskan usahanya seperti selalu.

"Industri akan berjalan seperti biasa walaupun pelbagai halangan dan cabaran terpaksa kita hadapi, jadi tak perlu fikirkan semua ini, yang penting komited terhadap kerja kita sahaja," katanya.

Berkongsi mengenai filem ke-100 yang akan ditayangkan nanti, kata David, filem tersebut dipilih daripada lima filem yang terbaik.

"Selepas siap penggambaran kelima-lima filem ini, barulah kita lakukan kajian untuk memilih yang mana paling hebat.

"Yang penting ianya benar-benar berkualiti dari segi penghasilan, komersial, penceritaan dan lakonan.

"Selain itu, filem ini datangnya dari pelbagai genre berbeza seperti komedi, seram dan aksi," katanya yang akan melancarkan filem ke-100 dalam majlis penuh gemilang.

Hero, heroin muka baru

Meskipun tahun ini kutipan filemnya jatuh, bagi David, ia bukan alasan mengapa dia harus berputus asa untuk melahirkan bakat-bakat baru.

Katanya, pembangunan modal insan di bawah syarikatnya telah bermula sejak tahun 2001 lagi.

"Jika dahulu kita ada Maya Karin, Irma Hasmie, Farid Kamil dan Waheeda, kali ini kita ada Shima Anuar, Diana Amir dan ramai lagi pelapis.

"Ini semua perlu kerana tiada bakat baru, siapa yang akan menggantikan bintang-bintang ini bagi sesetengah peranan itu.

"Kita tidak boleh meletakkan pelakon yang sudah berusia memainkan watak remaja," katanya bangga kerana telah melahirkan ramai bintang yang berjaya dalam industri seni tempatan.

Tambahnya, dia juga kini dalam usaha mencari hero dan heroin baru yang mempunyai paras rupa yang lebih versatil.

"Jika dahulu hero saya ada yang gemuk dan boleh dikategorikan muka pecah rumah, tetapi sekarang, saya mahu hero yang sasa dan segak, begitu juga untuk heroin," katanya dan memberitahu ia perlu kerana masyarakat punya selera berbeza.

Fokus Adnan Sempit

Berkongsi mengenai filem yang bakal ditayangkan tahun ini pula, kata David, dia tidak sabar menantikan tayangan filem Adnan Sempit 3 yang sudah diisi bagi slot wajib tayang sempena hari raya ini.

"Saya sangat gembira kerana filem Adnan Sempit mendapat slot ini.

"Sudah lama saya tidak dapat slot wajib tayang untuk musim raya, lebih menarik ia turut ditayangkan selama dua minggu berbanding sebelum ini hanya seminggu sahaja," katanya Adnan Sempit 3 adalah filem ke-78 terbitan MIG.

Berkongsi mengenai sasarannya bagi Adnan Sempit 3, jelas David, jika mengikut kepada Adnan Sempit 1 (RM7.8 juta) dan Adnan Sempit 2 (RM9.5 juta termasuk kutipan Astro First), kedua-duanya meraih kejayaan yang cemerlang.

"Tidak mustahil Adnan Sempit 3 juga akan mengikut jejak sama, lagipun ia ditayangkan pada hari raya.

"Ketika ini seisi keluarga sedang bercuti dan mempunyai masa menontonnya, jadi RM10 juta tidak mustahil untuk dicapai," katanya dan menjelaskan ia sekadar harapan dan tidak semestinya menjadi kenyataan.

Ditanya adakah RM10 juta itu termasuk tayangan Astro First, ujar David, tidak, hanya untuk kutipan panggung sahaja.

"Tidak hairan jika ia dapat direalisasikan, lagipun ia ditayangkan di 80 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Dalam pada itu, akui David, pihaknya turut memberi fokus bagi Adnan Sempit 4 yang bakal menjalankan penggambaran selepas raya nanti.

"Kali ini 80 peratus penggambaran dijalankan di Bangkok, mengapa ia dilakukan di sana? Semua ini ada kaitan dengan gaya hidup Adnan yang telah berubah menjadi ahli korporat," katanya masih mengekalkan pelakon utama seperti Shahiezy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Along bagi Adnan Sempit 4.

Sementara itu, terdapat juga beberapa pelakon Thailand digunakan untuk filem ini.

Sering kongsi rezeki

Dalam pada itu, David yang juga dikenali dengan sifat pemurahnya, tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik setiap kali bulan Ramadan menjelma.

Walaupun datang daripada kaum yang berbeza agama dan budaya, namun bagi David, dia percaya dengan memberi dan berkongsi nikmat bersama insan lain mampu membuatkan rezekinya bertambah.

"Sebab itulah tahun ini, walaupun filem saya kurang untung, saya tetap memberi sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan golongan memerlukan.

"Malah setiap hari saya adakan majlis berbuka puasa di syarikat untuk kakitangan saya," katanya yang tidak menjalankan sebarang aktiviti penggambaran di bulan yang mulia ini.

Katanya, dia mengambil pendekatan begini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

"Sepanjang tahun bekerja, bulan ini saya mahu mereka lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan pula.

"Lagipun, saya harus menghargai mereka yang telah banyak menyokong saya selama ini," katanya pada majlis berbuka puasa bersama media, baru-baru ini.

Ditanya mengenai bajet yang dikeluarkan untuk bulan Ramadan dan raya tahun ini, David tersenyum panjang.

"Cukuplah kalau saya kata bajet tersebut mampu membeli sebuah kereta Mercedes Benz," katanya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)