Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kren tumbang: Waris jangan terlalu mengharap janji pampasan SR1 juta
#1
[Image: 150911140445-02-mecca-crane-0911---restr...ge-169.jpg]

Kren tumbang: Proses pembayaran pampasan SR1 juta bermula

ARAB SAUDI - Jawatankuasa khas telah mula mengumpul data mangsa kren tumbang di Masjidl Haram pada 11 September lalu yang mengorbankan 111 orang dan mencederakan 238 jemaah haji.

Pemerintah Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci, Raja Salman Abdulaziz al-Saud telah mengarahkan pembayaran pampasan sebanyak SR1 juta kepada waris bagi setiap mangsa yang meninggal dan mangsa yang mengalami cedera kekal selain SR500,000 untuk mangsa yang cedera selain insentif lain termasuk jemputan untuk dua orang yang mempunyai kaitan dengan mangsa mengerjakan haji pada tahun depan sebagai tetamu raja itu.

Raja Salman juga menetapkan pembayaran pampasan itu tidak akan menghalang tuntutan perundangan persendirian dilakukan oleh keluarga mangsa yang terkorban dan tercedera.

"Tidak terdapat ruang untuk melakukan penipuan. Tiada siapa boleh mendapat manfaat secara tidak sah daripada pampasan diraja," kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesihatan, Dr. Mustapha Baljoun.

Beliau memberitahu akhbar harian Mekah bahawa data peribadi setiap mangsa terkorban dan tercedera telah didaftarkan dengan teliti di hospital yang menunjukkan masa kemasukan dengan tepat.

"Kami dengan cermat mengumpul data semua mangsa terbunuh dan cedera bagi menyiapkan laporan mengenai mereka kepada pihak berkuasa terbabit untuk melakukan kajian berasingan bagi menentukan kes mereka," katanya.

Baljoun berkata, data itu sangat jelas dan terperinci. Ia meliputi nama, warga negara, nombor pasport, nombor katil mangsa, masa kemasukan hospital, masa dibenarkan keluar hospital.

Beliau berkata, jawatankuasa perubatan akan melakukan tindakan susulan bagi setiap kes untuk menentukan punca kecederaan selain menentukan sama ada ia boleh diubat ataupun mangsa mengalami kecederaan kekal.

"Tidak terdapat peluang untuk menipu walaupun sebanyak 0.1 peratus. Data ini bebas daripada kesilapan," katanya sambil menambah, setakat ini tiada cubaan dikesan untuk meraih manfaat daripada pampasan diraja itu.

Bajoun berkata: "Hampir setiap mangsa yang terkorban telah dikenalpasti dan ramai telah ditemui,".

Mangsa insiden tersebut adalah daripada 12 buah negara yang mana seramai 25 warga Bangladesh terkorban diikuti 23 warga Mesir manakala 51 warga Pakistan mengalami kecederaan disusuli Indonesia seramai 42 orang. Rakyat Malaysia yang terkorban seramai 7 orang.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)