Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Korea Utara sekat FB, YouTube, Twitter
#1
[Image: image.jpg]



PYONGYANG - KOREA UTARA. Korea Utara secara rasmi menyekat laman sosial Facebook, YouTube, Twitter dan laman web Korea Selatan susulan kebimbangan penyebaran maklumat dalam talian, lapor AP

Kementerian Pos dan Telekomunikasi membuat pengumuman tersebut minggu ini melalui pembekal utama perkhidmatan mudah alih negara, Koryolink dan beberapa tempat lain yang menyediakan perkhidmatan internet

Walaubagaimanapun, tidak ramai rakyat Korea Utara mempunyai akses Internet dan kebiasanya mereka hanya menggunakan perkhidamatan intranet yang menyokong kerajaan kecuali warga asing yang berada di negara itu tidak dikenakan sekatan secara terangan-terangan

Sekatan baharu ini akan menyukarkan pelawat atau komuniti kecil penduduk asing di Korea Utara untuk menghantar maklumat terkini mengenai negara itu kepada dunia luar

Ia turut akan menghadkan keupayaan Korea Utara dengan akses Internet untuk melihat maklumat negara mereka disiarkan di tempat lain

Kerajaan membuat pengumuman dengan menamakan YouTube, Facebook, Twitter, Voice of America dan laman media Korea Selatan sebagai contoh laman yang disekat untuk tempoh masa tertentu

Sebelum ini Facebook dan Twitter disekat secara tidak rasmi sejak beberapa bulan lalu dan sekatan secara rasmi dilakukan pada hari ini

Dalam pengumuman itu juga, kerajaan menyatakan hukuman akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang cuba untuk tidak mengodam laman-laman tersebut, mengakses dengan secara haram dan mengedarkan maklumat anti republik
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)