Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Konsert Twin Tower@Live 28 Mac dibatal
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR - Konsert Twin Towers@Live 2014 yang dijadual diadakan di sini pada 28 dan 29 Mac, dibatalkan.

Menurut kenyataan Petronas hari ini, keputusan itu dicapai sebulat suara bersama penaja lain dan penganjur konsert, Live @ Work Sdn Bhd, sebagai tanda hormat kepada keluarga, sahabat handai dan orang tersayang kepada penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Kami sesungguhnya sedih dengan tragedi ini dan merakamkan ucapan takziah kepada mereka, dan selaku penaja, kami akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkaitan yang menerima kesan daripada pembatalan ini akan mendapat layanan sewajarnya," jelas kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370, yang hilang ketika merentasi Laut China Selatan semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, telah "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. - Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
byk betul konsert sempena taun melawat malaysia ni
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)