Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ketulan meteorit seberat 27 tan ditemui di Argentina
#1
[Image: 11b028debbc74c338384a74437072fea.ashx?la=en]

[Image: meteor.ashx?w=620&h=413&crop=1&]

BUENOS AIRES: Penduduk kampung di Argentina, digemparkan dengan penemuan seketul meteorit besar pada awal minggu ini, dipercayai kedua terbesar yang pernah dijumpai.

Menurut portal Mail Online, meteorit yang ditemukan pada 10 September di kampung kecil Gancedo itu mempunyai berat kira-kira 30 tan.

Presiden Persatuan Astronomi Chaco, Mario Vesconi berkata, pihaknya terkejut dengan berat batu meteorit tersebut yang mencecah 30 tan atau 27,215 kilogram.

"Meteorit itu dipercayai jatuh ke bumi kira-kira 4,000 tahun lalu ketika dunia dilanda hujan meteor," katanya.

Batu angkasa itu merupakan serpihan asteroid yang dianggarkan seberat 800 tan yang terletak di antara Lingkaran Utama Asteroid antara planet Marikh dan Jupiter.

Asteroid terbabit berpecah menjadi ketulan meteorit meliputi kawasan seluas 320 kilometer persegi.

Ketulan meteorit terbesar yang pernah ditemukan mempunyai berat 66 tan di Namibia oleh seorang petani pada tahun 1920.

[Image: cairotocape-meterorite.jpg]

Meteorit Hoba di Namibia yang terbesar pernah ditemui seberat 66 tan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-du...rit-besar/
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)